Episode 2: Satu Persoalan
Episode 4: Aku Tidak Sunyi
Boom! Bunyi guruh kuat telah memecahkan kesunyian malam. Lampu di rumah tiba-tiba terpadam menambahkan lagi kejutan pada Badrul dan ibu Nad. Mereka terdiam seketika.
"Ibu nak ambil lilin di dapur. Rul tunggu di sini tau," ujar ibu Nad dalam nada yang agak kuat kerana guruh berdentuman di luar. Ibu Nad bingkas dan menuju ke dapur.
"Ibu, Rul nak jadi doktor. Rul nak selamatkan ibu. Rul harap ibu mampu bertahan sehingga itu," ucap Badrul setelah bayangan ibunya tidak kelihatan. Air mata terus mengalir membasahi pipinya. Tidak disangka ibu kesayangannya itu akan pergi buat selamanya dunia ini. Tinggallah Badrul selepas itu dalam kesepian dan kesunyian tanpa kasih sayang seorang ibu. Tidak mampu difikirkan lagi hal itu. Badrul mengesat air mata yang mengalir itu supaya ibunya tidak kelihatan.
Ibu Nad menghampiri Badrul membawa lilin. "Ni lilin untuk Rul. Jom ibu temankan Rul masuk tidur. Ibu dodoikan Rul mcm masa kecil dulu." Kata itu diucap bersama dengan seukir senyuman. Sebak jiwa Rul. Mungkin ini adalah kali terakhir ia akan dibelai sebegitu.
Setibanya di kamar, Badrul bersuara. "Ibu masuk tidur ek? Takpe. Nnt Rul tidur. Ibu pun dah penat. Terima kasih ibu dan selamat malam." Ibu Nad mencium dahi anaknya itu dengan lemah-lembut dan penuh dengan kasih sayang sebelum keluar. "Kehangatan bibir itu mungkin akan pudar tidak lama lagi," kata hati kecilnya.
Setelah ibu Nad keluar, Badrul bangun dari katilnya. Dengan bercahayakan lilin, Badrul mencari sehelai kertas dan pen.Ingin dia menulis sesuatu kepada ibunya.
Ibu,
Bila ini terjadi, baru aku rasakan kasih sayangmu padaku. Setiap nafas yang dihembus dan setiap kata yang diucap bagaikan sungguh bererti. Andai badanmu masih dikandung tanah esok, ingin aku menciummu, dan membelaimu sehingga habis kudratku ini. Tidak lagi aku leka dengan dunia. Hanya bersamamu ku pinta. Ibu, nukilanku ini tidak sesuci hatimu. Namun, biarlah erti isinya yang kau bawa bersama.
Hati ini berkecai bila ku tahu semuanya. Air mata yang ku simpan dan pendam berguguran jatuh membasahi bumi. Namun, aku reda sekiranya kau pergi meninggalkan aku tanpa lambaian. Ku ingin kau tahu. Hatiku dan hatimu adalah satu. Nukilan ini adalah cerita kita berdua. Sampaikan salamku pada ayah. Semoga kalian berbahagia bersama.
Akhir kata...
Aku Cinta Padamu Ibu...
Surat itu diakhiri dengan setitis air mata. Seolah-olah ia mahu menjadi saksi dan bukti cinta Badrul kepada ibunya. Dilipat surat itu sebaik mungkin dan diletakkan ia di bawah bantal. Mahu sahaja Badrul menatapnya sekali lagi. Namun mata ini terasa berat sekali. Badrul pun tidur dengan harapan bahawa esok adalah hari yang cerah dalam hidupnya.
No comments:
Post a Comment