Monday, February 13, 2012

Tumpuan hanya satu


             



     Kadang-kadang aku tertanya, mana hilangnya tumpuan. Tumpuan yang sepatutnya aku beri kepada Maha Pencipta. Namun, ia mudah hilang dalam nyata ku. Puas ku mencari, kehilangan dirinya sukar untuk dikembalikan.

     Khusyuk adalah sesuatu yang sukar dicari. Kelibatnya juga tidak pernah melewati mata hati. Adakah aku seorang insan yang terlalu bergelumung dalam dosa? Jawapan yang hanya diketahui oleh Dia.

yang bermaksud “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2].

Cerita "Hafalan Shalat Delisa" membawa satu makna baru dalam erti khusyuk kepada diri ini. Ia adalah mudah sekiranya kita ikhlas dalam beribadat. Adakah kita ikhlas? Jawapan bukan terletak pada mulut tapi pada hati.

Pengertian ini menjadi mendalam dan hati ini tersentuh dan bertanya dengan kehadiran beberapa dialog di dalam filem itu.


                                                      Klip daripada filem "Hafalan Shalat Delisa"

  • Cuba fikirkan apa yang kita minat dan suka lakukan. Cth: bermain bola. Matlamatnya hanya satu iaitu menendang bola ke gawang lawan.
  • Anda tercedera di tengah permainan.
  • Adakah anda berhenti menendang ketika mendapat bola? Tidak bukan. Anda berusaha menendang untuk masuk ke gawang lawan.
  • Tiba-tiba, hujan turun. Anda terus menendang bola.
  • Dikasari pihak lawan, anda terus bermain sehingga ke akhir.
  •  
                                                            Klip daripada filem "Hafalan Shalat Delisa"


    Tujuan saya adalah untuk membuktikan bahawa suka dan minat itu boleh menetapkan fokus dalam diri. Segala cabaran luar mampu ditempuh untuk mencapai matlamat. Khusyuk juga adalah begitu.

    Ikhlas dalam beribadat sama seperti minat dan kesukaan. Segala cubaan dan pancaroba mampu ditempuh. Saya sentiasa merenung kembali diri dan bertanya, "Sudahkah aku sempurna sebagai hambaMu?"

    Ingatlah...
    Kita tidak mampu menjadi insan sempurna, tapi mampu berusaha ke arah menjadi insan sempurna.

     

    1) Solat dalam keadaan selesa – Kalau rasa nak terkencing dan sakit perut tu, janganlah ditahan-tahan. Buang dulu. Kalau rasa rimas dan badan melekit, sejukkanlah badan tu dulu. Mungkin anda perlu mandi agaknya. Kalau lapar, sila makan dulu. Sabda nabi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang bermaksud, “Apabila datang makanan malam dan iqamat untuk solat telah dilaungkan, mulailah dengan mengambil makanan malam terlebih dahulu.

    2) Fahamkan Makna Bacaan Anda – Kalau anda tak faham apa yang anda bacakan dalam solat, anda masih boleh khusyuk, tapi SUSAH! Lagipun ini akan memberi peluang pada minda anda untuk merayau-rayau memikirkan perkara lain. Malah, bila anda tak faham apa yang anda katakan, anda akan mudah bosan. Saya tak suruh anda tahu satu-satu makna perkataan dalam solat walaupun itu lebih bagus. Tapi cukuplah sekadar anda faham maksud bacaan. Sekurang-kurangnya ini membantu anda untuk lebih menghayati solat anda. Mulai sekarang, cari makna dan fahamkan maksud bacaan solat anda tu. Bukannya banyak pun. Sikit je kan.

    3) Solat Ditempat Sunyi dan Tenang – Hindarkan gangguan ketika solat. Gangguan bunyi bising dari radio dan tv, bau-bauan yang kurang menyenangkan, pandangan mata yang menyakitkan, jauhkan semua tu! Seelok-eloknya, sediakan ruang khusus di rumah anda untuk menunaikan solat. Persekitaran yang berkualiti membantu menjadikan solat anda solat yang berkualiti.

    4) Sebut Betul-Betul – Ramai orang yang bacaan solatnya lintang pukang. Baca macam nak belumba. Bayangkan saja, ada yang sujud, tak sampai 2 saat dah bangun. Agak-agak, betul tak sebutannya tu? Takut-takut, solat kita tak diterima dek kerana bacaan yang tak betul. Mulai sekarang saya mahu anda perhatikan dan fikirkan sama ada anda menyebut bacaan solat anda dengan SEBUTAN YANG BETUL. Sebut betul-betul dan dengarkan apa yang anda baca. Jangan kelam kabut. Jangan sampai solat anda jadi sia-sia. Ingat, orang yang lalai dalam solatnya, adalah orang yang celaka disisi Allah (al-Ma`un :4-5)

    5) Tenangkan Diri Sebelum Solat – Ambil masa anda untuk menenangkan diri sebelum anda mengangkat takbir untuk mendirikan solat. Ambil masa untuk mengatur kembali nafas anda. Bernafaslah dengan tenang. Mulalah untuk melupakan permasalahan anda. Jangan dah solat baru nak lupakan. Peringatkan diri anda bahawa sebentar lagi anda ingin berhadapan dengan Allah, tuhan yang mencipta anda, yang memberi anda nikmat harta dan mencukupkan keperluan anda. Apabila diri anda sudah cukup tenang, berdirilah. Tunaikanlah solat dengan tenang dan khusyuk.


    Cubalah... Insya Allah. Sama-sama saya kongsikan untuk panduan bersama. Semoga diri ini diberkati Allah dan amalan diterimanya.