Friday, November 23, 2012

Sahabat... Janjimu aku genggam dalam hati

 Aku gembira menemui mu wahai sahabat. Merasakan hari ini cukup memberikan warna-warni pada kehidupan masa hadapan ku. Sudah berkali aku SMS tapi tidak berbalas. Sehingga aku terasa hati dengan perbuatan mu.

Bukan diri ini mewujudkan persahabatan untuk diputuskan. Tapi memegang erat tali sehingga ke liang lahad. Bersama kamu membuat masa aku berhenti. Namun hari ini kata-katamu membuatkan aku terharu.

Terharu dan sebak terasa di hati. Hari ini bukan niat untuk menelefon mu untuk kau angkat, tapi sekadar mencuba setelah mesej ku tidak berbalas sekian lama. Mungkin kesibukan membuatkan dirimu menjauhi aku. Aku kuatkan hati ini menaip nombor mu.

Suara mu yang membuatkan hati ini gembira. Kau membawa aku berjalan di sekitar UIAM. Bila aku bersama mu, kau kata... "tanyalah aku apa sahaja. hari ini aku buka soalan tentang diriku"

Bukan itu persoalan di hati. Namun, ku kuatkan diri bertanya sebab dia menghilang dari ku. Berpuluh  kemaafan ku pinta sekiranya aku bersalah. Namun bukan salah mu, ucapnya.

Aku berbuka puasa dengan ikhsan belanja darinya. Dia mula membuka bicara tentang novel tulisan Hilal Asyraf,

"Seorang sahabat yang mengemukan janji dua perkara kepada sahabat nya. Pertama: Janji kepadaku bahawa kau akan sentiasa mendoakan aku. Kedua: Sedarkan aku ketika aku jatuh. Persahabat mereka terputus mengikut arus waktu tapi janji sahabat untuk mendoakan diri rakannya itu sentiasa diutuskan. Hanya janji yang kedua itu tidak tertunai. Akhirnya, suatu malam sahabat itu bermimpi bahawa rakannya itu telah terjatuh ke persimpangan yang lain. Kini, sahabat itu sedar tanggungjawab janji kedua perlu ditepati. Bermulalah kisah sahabat itu mengubah rakannya yang terjatuh itu"

Seperti novel itu, dia mengemukan satu janji kepada ku. Aku berharap agar kau jangan berputus asa dengan aku. Janji ini aku yakin akan kau penuhi. Satu ungkapan yang menyebabkan hati ini sebak.

Malam ini merupakan satu kebahagian kepada aku; bertemu kau pada malam 10 muharam dan lafaz kata kau kepada ku. Inilah janji yang terbesar pernah aku ucapkan pada seseorang.

P/S: Tangan aku sentiasa di atas tangan mu. Tidak terlintas erti putus asa kepada mu. Kau katakan  aku kuat. Tapi kau dengarlah, Allah tidak suka kepada orang yang berputus asa dan itulah kekuatan aku. Bila jatuh, ku ingat kembali kebencian Allah itu. Maka bangunlah aku berdiri kembali. Bukan sifat aku mengalah itu tapi mungkin kau yang mengalah kepada ku.

Saturday, November 3, 2012

Jodoh.. Bilakah masaku?



Aku sentiasa memikirkan adakah si dia wujud untuk aku. Menanti setiap waktu untuk bersamamu, memegang erat tangan halus itu dan bersenda melihat senyuman yang indah itu. Sukar untuk aku melelapkan mata apabila mengenangkan dirimu, wahai serpihan 'tulang rusukku'

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suamu isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir"
~ Surah Ar-Rum: Ayat 21~

Aku bersedih bilamana manusia lain membina 'masjid' Mu. Bilakah akan tiba masaku untuk mengukuhkan lagi keimanan ini kepada diri Mu. Bukan kenikmatan dunia yang aku cari, tapi kenikmatan ketika bersama insan yang akan membawa aku ke arah syurga Mu.

Manusia sering mengatakan bahawa aku hanya menurut nafsu. Orang kahwin, kau mahu juga. Wahai sekalian manusia, jika itu kemahuan aku, tewaslah aku di dunia ini. Bukankah bila berkahwin itu telah sempurna sebahagian daripada iman.


"Siapa yang dikurniakan isteri yang solehah, bermakna beliau sudah membantu menyempurnakan iman orang itu. Oleh itu beliau pernah bertakwa kepada Allah bagi mencukupkan imannya."
 ~Hadis direkodkan At-Tabrani, Al-Hakim dan Al-Baihaqi~

Aku bukan buta hati seperti kamu yang mahukan kesenangan dunia, tapi aku mahu kesenangan hati bersama Pencipta ku yang menjadikan hati ini untuk dimiliki dan bersama menuju jalan Nya.

Namun, aku tahu bahawa kesabaran itu adalah sesuatu yang Engkau harapkan kepadaku. Supaya aku sentiasa bersyukur dan mengharapkan Engkau walau apa yang berlaku. Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku yakin dengan ketentuanMu kerana Engkau lebih mengetahui akan diri ini.

Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
"Aku mengikut sangkaan hambaKu kepadaKu, maka terserahlah dia hendak menyangka apa yang disukainya terhadap Aku."
~ Riwayat Ibnu Abid-Dunya ~

Ya Allah, jika masa ku belum tiba untuk itu, maka Engkau hadirkan lah diri ini dengan cinta Mu yang Maha Luas itu. Bantulah diri ini merasa aman ketika mana aku dalam kejatuhan dan sedih. Berikanlah kepadaku pemahaman akan ilmu Mu. Jika Engkau menyuburkan perasaan cinta kepada seorang wanita itu, maka lindungilah aku sehingga halal bagiku untuk bersamanya.

P/S: Nasihat aku kepada manusia di luar sana, janganlah skeptikal kepada pemikiran manusia yang ingin dikasihi. Itu adalah fitrah manusia, cuma cara manusia itu yang salah. Berdoalah untuk mereka supaya dipermudahkan urusan bersama daripada memaki insan itu. Percayalah bahawa doa anda itu lebih disayangi daripada kutukan yang dilemparkan. Sesungguhnya anda juga seperti mereka, hanya cara mereka berlainan.

Aku berdoa kepada Mu (Daripada Ibnu Abbas r.a., Baginda Rasulullah S.A.W. pernah berdoa) : 
"Ya Allah, jadikanlah lubuk hatiku, pandanganku, pendengaranku, tulang dan dagingku, rambut serta di kiri dan kananku sebagai cahaya bersinar” 
 (HR Bukhari dan Muslim)


Friday, November 2, 2012

Keindahan masa satu hari



        Kadang kita selalu menyalahi masa. Kerap kali mengatakan masa tidak cukup. Adakah kita sebagai manusia sedar bahawa masa yg diberikan oleh Allah S.W.T. itu sudah cukup untuk kegunaan manusia. Tidak Ia jadikan sesuatu itu tanpa sebab yang kukuh.

Sedar atau tidak, manusia sebenarnya ada:
* 24 jam dalam 1 hari
* 60 minit dalam 1 jam
* 60 saat dalam 1 minit.

Mengikutkan pengiraan, manusia ada 1440 minit dalam satu hari.
Beribadah kepada Dia hanya memerlukan 5 minit solat subuh, 10 minit solat zuhur, asar dan isyar, dan dalam 7 minit untuk solat maghrib.

Manusia masih mempunyai 1398 minit lagi bersamaan 23 jam lagi.

Apa yang kita lakukan seharian? Renungkan lah diri ini. Betapa kita sangat merugikan masa yang diberi.
Bukan sepenuhnya 24 jam masa yang Allah berikan itu hanya untuk beribadat kepadaNya. Tapi lakukanlah yang terbaik bagi mengisi kekosongan itu.

PENYUSUNAN MASA MENURUT ISLAM

Masa ketika lapang
“Sepatutnya ke atas seorang yang berakal itu, ia mempunyai empat waktu; waktu untuk berdoa, memohon kepda Allah, waktu  ia menghitung diri sendiri, waktu untuk ia memikirkan segala kejadian Allah dan suatu waktu untuk ia menikmati hajatnya daripada makan dan minum.”
 (HR Ibnu Hibban)
   
“Rehatkanlah hati kamu suatu waktu selepas suatu waktu, sesungguhnya hati akan menjadi buta, apabila membenci sesuatu”  
( Saidina Ali bin Abi Thalib)

“Lakukanlah daripada amalan (ibadat) yang kamu mampu. Kerana sesungguhnya Allah tidak jemu sehingga kamu yang akan jemu. Sebaik-baik amalan kepda Allah itu ialah berterusan walaupun sedikit” 
(HR Bukhari dan Muslim)
  
Masa untuk mengerjakan solat
"Kemudian apabila kamu selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu baring. Kemudian, apabila kamu tenteram (berasa aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang yang beriman, yang tertentu waktunya."
(Surah An-Nisa: Ayat 103) 


Masa untuk beribadat sunat
"(Keadaan mereka disana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit masa sahaja: masa dari waktu malam untuk mereka tidur. Dan pada akhir malam mereka pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun)."
(Surah Adh-Dhariyat: Ayat 16-18) 


BERDASARKAN AYAT DAN HADIS DI ATAS

* Waktu solat telah ditetapkan waktunya dan lakukan ketika anda berasa aman
   - sebaik-baiknya di awal waktu
   - selesaikan urusan kecil yang boleh menganggu kedamaian hati beribadat

* Waktu untuk solat sunat mengadap Allah telah ditetapkn waktunya iaitu diakhir malam

* Hanya tidur waktu malam dan seketika sahaja 
   - digalakkan untuk tidur di siang hari sebelum zuhur untuk memudahkan bangun malam

* Islam tidak menolak akan keperluan manusia. Allah telah menetapkan 4 waktu untuk itu
   - Waktu untuk berdoa memohon kepada Allah - waktu beribadat
   - Waktu menghitung diri sendiri                        - waktu berkerja 
   - Waktu memikirkan segala kejadian Allah      - waktu beristirehat
   - Waktu menikmati hajat makan dan minum   - waktu untuk menjaga diri 


P/S: Gunakanlah masa yang dikurniakan ini dengan sebaikknya. Sebagai seorang pelajar, agak tertekan bilamana kerja, projek, dan program datang menerjah diri ini. Namun, aku katakan kepada diri ini bahawa yakinlah akan sesuatu yang berlaku dan laksanakan dengan sebaiknya. Aku menetapkan setiap hari dengan objektif dan rancangan supaya aku tidak akan menyalah Allah atas apa yang diberikan. Malah aku boleh memberi masa dan peluang untuk bersama keluarga dan rakan. Alhamdulillah..

Friday, September 28, 2012

Kasih, Sayang dan Cinta...

Kasih, Sayang dan Cinta adalah tiga perkataan yang membawa satu definisi yang berbeza. Sering dikaitkan mempunyai perhubungan yang sama. Namun hakikatnya, ia adalah tiga perkataan yang berbeza dan mempunyai kaitan yang sangat rapat.

Kasih membawa maksud perhatian yang lebih daripada biasa
Sayang pula adalah perhatian yang dibalut rasa dan
Cinta pula membawa erti perasaan intim

Entri kali ini bukanlah sahaja membawa seseorang kepada maksud 3 perkataan ini. Namun lebih menjurus untuk menghayati erti yang menyelebunginya.




"Kalau nak bercinta, pastikan dulu anda benar-benar kasih dan benar-benar sayang"
Dr. HM Tuah Iskandar

Ayat tersebut telah menjelaskan bahawa untuk mencintai sesuatu, perlu ada kasih dan sayang kepadanya. Sama sepertimana kita mencintai manusia, wujud perasaan kasih sayang sebelum cinta. Berbohonglah seseorang itu apabila mengatakan cinta tanpa kasih sayang.  

Aku hanya percaya pada cinta Allah dan antara suami isteri serta keluarga. Bukan menafikan hak untuk mencintai sesuatu selain insan di atas, tapi merasakan bahawa ia adalah milik yang telah ditetapkan.

Berdasarkan
makna surah Ar-Room (ayat 21),

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran bagi orang-orang yang berfikir)"


Sekadar hiburan, inilah yang dimaksudkan dengan cinta, kasih dan sayang..

CINTA : 
 (sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama




(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.



KASIH :
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.


(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.



SAYANG :
(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini… mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.


(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

P/S: Membetulkan perasaan cinta kepada Dia adalah perkara utama yang perlu aku lakukan. Kerana Kasih dan sayangNya akan membuatkan aku sentiasa di bawah lindungan dan perhatian. Akan diberikan aku seorang peneman yang Dia berkati untuk menjadi perapat cinta aku kepada Dia. Cinta itu yang menghubungkan aku, dia dan Engkau..

Saturday, September 1, 2012

Gagal Bukan Penghujung Ceritanya


Takut gagal ini dihadapi oleh kebanyakan orang. Sesetengah orang akan mula berfikiran bahawa mereka tidak boleh. Orang yang seperti ini wujud kerana oleh beberapa keadaan:

1) Mereka seorang pemalu
2) Mereka seorang yang berfikiran negatif
3) Berkawan dengan orang yang negatif pemikirannya
4) Takut mencuba sesuatu yang baru
5) Tekanan persekitaran dll.

Sesetangah manusia kadang-kala suka menjatuhkan idea kreatif seseorang. Mereka menolak tanpa penilaian yang mendalam. Hal ini menyebabkan pemikiran kreatif seseorang itu tersekat. Idea tidak diterima pakai oleh orang yang 'biasa'.

Ini nasihat saya pada kawan2 dan diri ini...

Disapa Kegagalan Yang Menyakitkan Diri

 Rakan saya ini dahulu seorang yang ceria, independent dan periang. Dia adalah seorang yang produktif dan aktif dalam bersosial dengan rakan-rakan yang lain. Namun, satu peristiwa telah membuatkan hatinya terluka.

Dia, 'A' (bukan nama sebenar) seorang perancang 'event' yang baik. Malah menjadi tumpuan rakannya untuk 'plan' sesuatu acara termasuklah berjalan-jalan or 'hang out' dgn member. 

Peristiwa kegagalannya berlaku ketika membuat surprise party untuk rakan2.  Kebanyakkan kawan2 itu menyalahi dia kerana ketidakjadian sambutan hari jadi itu.

Bukan sepatutnya disalahkan rakan saya itu. Dirancang seeloknya untuk  menjadikan sambutan hari jadi yang terbaik, namun 'geng'nya tidak memberi kerjasama yang baik. Namun, kegagalan merancang itu dijatuhkan keatasnya.

Dia mula berubah kepada erti 'malas' untuk ambil tahu keadaan sekeliling. Namun, erti malas yang diucapkan itu sama ertinya gagal. Dia 'malas' untuk bangun lagi. Sama ertinya dengan gagal kan?

Namun, rakan mana yang mahu rakannya sedih. Dia hilang kepercayaan kepada orang lain. Sukar memulihkankan sekiranya diri berfikiran negatif.

"Ini Nasihat Saya Padanya!!"

Kegagalan? Semua manusia pernah menghadapi kegagalan tetapi dengan jalan yang berbeza. ALLAh berikan dugaan yang lain-lain pada setiap orang.
Kesedihan anda? ALLAh tahu. ALLAh nampak.

Namun apa yang menjadi perhatian ALLAh SWT adalah, bagaimana anda berusaha memujuk diri sendiri untuk berhadapan dengan kegagalan tersebut. Sahabat, gagal berkali-kali tidak bermakna akan gagal sampai masanya akhirat. Ada yang berhadapan dengan kegagalan dan sedih, tapi tetap meneruskan langkah. Sebab dirinya tahu, ALLAh itu ada rancangan yang terbaik buat dirinya. Ada yang berhadapan dengan kegagalan, tetapi sengaja menggagalkan lagi diri sendiri; tidak mahu berusaha kerana telah berputus asa. Mungkin merasa dirinya langsung sudah tidak berguna lagi.

Menghadapi kegagalan lalu berputus asa, anda sebenarnya zalim terhadap diri sendiri!
Bila disapa kegagalan, anda sebenarnya tidak gagal. Malah sebenarnya anda mendapat perhatian lebih daripada ALLAh SWT. Masa inilah, mungkin ALLAh SWT mahu melihat bagaimana anda sebagai seorang hamba menjalankan peranan.
Adakah kegagalan itu menjauhkan anda dari DIA? Atau mendekatkan pada-Nya?

Bangkit dan Tetap Berusaha

Saya jadi teringat, saya sendiri pernah mengalami kegagalan. Airmata? Jangan cakap, memang tumpah juga akhirnya. Masa tu, biarkan sahaja airmata mengalir. Tanda kelemahan seorang hamba dihadapan Sang Khaliq.

Ah. Sekadar mengimbas memori. Dan memori itu memang indah.
Gagal. Agaknya, ramai manusia yang takut pada perkataan gagal ini. Anda bagaimana? Adakah selepas kegagalan sudah tidak ada lagi jalan lain? Adakah jalan yang ada hanyalah jalan untuk berputus asa? Naaa, sudah pasti tidak!

Hei sahabat, apa kamu lupa pada janji ALLAh dalam kitabullah?
“Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain). dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap.” asy Syarh : 5-8

Kegagalan anda itu sebenarnya, ALLAh sudah sediakan jalan keluar. Jalan kejayaan. Yang penting adalah anda berusaha dan berusaha lagi sehingga berjaya. Kegagalan tidak selamanya, kejayaan pasti ada!

Hidup ini sebenarnya bertunjangkan keyakinan kepada ALLAh SWT. Jika anda tidak yakin terhadap ALLAh, jadi bagaimana kiranya ALLAh akan yakin terhadap anda? MashaALLAh.
Sama seperti kita berdoa, ALLAh memakbulkan doa. Subhanallah! Namun, apa yang ALLAh makbulkan adalah apa yang manusia perlukan dan baik untuk kehidupannya. Bukan apa yang dihajatinya, dan mungkin doanya itu adalah sesuatu yang tidak baik untuknya.

Makanya, ALLAh berikan apa yang sepatutnya manusia perlukan.
“..Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. ALLAh mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” – al Baqarah : 216

Sebenarnya, kemuliaan anda adalah bilamana anda gagal, tetapi anda tetap meneruskan langkah disamping menjadi seorang hamba yang baik kepada Tuhannya. Sekiranya airmata ingin merembes keluar, maka alirkannya dihadapan Sang Khaliq.

Mengadulah hai sahabat dihadapan ALLAh. ALLAh mendengar pengaduanmu. ALLAh rindu pengaduan. ALLAh tahu deritamu. ALLAh tahu manik jernih dari matamu itu gugur lantaran mengakui kekerdilan diri seorang hamba.

Anda Bukan Seorang Manusia Yang Gagal

Saya sangat menghormati orang yang diberikan ALLAH dengan ujian kegagalan, tapi menerima dengan tabah dan terus berusaha. Malah, saya sebenarnya segan dengan orang yang begini. Hamba yang terpilih.. MashaALLAh.

Apa yang penting, sekiranya diberi ujian kegagalan, anda seharusnya berfikiran positif terhadap diri anda terlebih dahulu, barulah makhluk lain akan berfikiran positif terhadap anda.
Pandangan manusia sekeliling? Jangan hiraukan pandangan itu sekiranya pandangan itu boleh membuat kamu jauh daripada ALLAh SWT. Yakin, yang ALLAh sentiasa ada dan memandang anda.

Sahabat, anda bukan seorang yang gagal. Tetapi anda seorang pendaki yang ALLAH berikan keizinan untuk rehat memastika bekalan cukup dan membetulkan keadaan sebelum berjaya ke puncak kejayaan.

Hei! Anda orang yang berjaya. Orang yang dikasihi ALLAH SWT!
Sekiranya ada orang menyisihkan anda, maka tersenyumlah. Kerana ALLAH dan para malaikatnya sentiasa berada disamping anda. Ini bukan rekaan. ALLAH suka pada hamba-Nya yang sentiasa bersyukur.

Anda bukan seorang yang gagal. Set!
Kegagalan adalah lumrah hidup manusia. Dan semua manusia akan melaluinya. Noted!
Pssst! Sahabat, mari sini.. *rebahkanbahumupadaku*

ALLAh ada untuk kamu. InshaALLAh, Rasulullah bangga melihat kamu. Kamu jangan pernah sedih berlebihan ya? Kiranya memerlukan seorang teman, saya boleh menjadi teman itu. InshaALLAh.
Saya peluk boleh? Senyum.

Kamu hamba yang terpilih dan bertuah!

Semoga ALLAh merahmati.

P/S: Kepada 'A' yang memahaminya, anda adalah unik. Bangunlah walaupun anda mengambil masa yang lama. Jangan dibiarkan diri terseksa. Dan ingatlah bahawa ada orang lain akan bersama mu saat yang lain melarikan diri dari sisimu. (^.^)v...

Credit to http://cintailahi.com...

Monday, July 23, 2012

Hati itu sebesar kolam...

          Kesabaran itu bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai. Namun, kemunculannya sangat diperlukan tika dugaan mendatang. Bukan mudah hati ini untuk menerima dan bersabar dengan dugaan yang menimpa. Ingin sahaja melepaskan perasaan amarah pada sesuatu.

          Itu adalah sifat manusia yang normal. Tetapi kenormalan manusia itu juga dikira dari hati dan akhlaknya. Dugaan itu bukan datang ketika hati merelakannya. Itulah perlunya kekuatan hati dan iman di hati.

          Namun dugaan yang datang bukanlah seberat mana yang dirasa. Cuma minda yang menolaknya. Cubalah kita meredhainya dan merelakan dugaan itu datang. Biarlah ia mengalir mengikut peredaran aliran takdir. Jangan disalahkan pada pemberi dugaan itu, tapi salahkan diri ini sekiranya tidak mampu memikulnya.

Ada satu cerita ingin dikongsikan:-

"Di sebuah perkampungan, ada seorang lelaki tua. Lelaki itu sentiasa tersenyum. Tidak pernah terlihat urat-urat kedut di dahinya. Tersenyum bagai membawa khabar berita bahagia. Pada suatu hari, datang seorang pemuda yang mempunyai masalah kepadanya.

Dia mengeluh terhadap dugaan yang berlaku kepadanya. Lelaki tua itu hanya tersenyum. Seketika kemudian, dia menyuruh pemuda itu membeli dua bungkus garam dan dibawa kepadanya. Pemuda itu menurut tanpa bertanya lebih lanjut. 

Pemuda itu kemudiannya membawa barangan yang diminta. Lelaki tua itu memasukkan sebungkus garam ke dalam segelas cawan dan meminta pemuda itu meminumnya. Pemuda itu menurut perintah. Wajah pemuda itu berkerut seribu apabila meminum air itu.

Kemudian lelaki itu membawa pemuda tersebut ke sebuah kolam kecil yang jernih airnya. Dituangkan sebungkus garam ke dalam kolam itu. Lelaki tua itu menyuruh ia minum dari air kolam itu. Tersenyum ia apabila rasa air kolam itu tidak berubah sama sekali dengan keadaan asalnya. Pemuda itu tersenyum apabila lelaki itu memberinya pengajaran tentang perlakuannya itu."

Kata lelaki itu:
           "Garam itu adalah dugaan. Jika engkau kecilkan hati seperti gelas itu, maka akan binasalah rasa kemanisan hidup ini tapi apabila engkau lapangkan hati ini seperti kolam, kehidupan mu akan terasa lapang dan garam itu tidak akan berupaya merosakkan rasa kehidupan kamu ini."

P/S:
Lapangkanlah dada mu andai dugaan menimpa dan bersabarlah menerimanya. Sesungguhnya Allah S.W.T. itu tidak zalim seperti kamu menzalimi-Nya. Dia mahukan sedikit perhatian daripada hamba-Nya yang lalai itu. Berikanlah masamu sedikit mengingati Dia. Berdoalah kepada-Nya. Dialah pemberi segala nikmat, pendamai dua hati dan kekasih diri ini.

(^.^)v...

Saturday, June 16, 2012

Kelembutan Hati dan Hidayah





Aku pernah terfikir tentang suatu perkara. "Hidayah!" Semasa sekolah hingga sekarang, aku cuba menilai erti hidayah itu sendiri. Berlandaskan ilmu yang ada di dalam dada ini serta akal yang mampu berfikir dan pengalaman yang dialami sebelum ini, aku mula mentafsir sesuatu mengenai hidayah itu sendiri.

Aku tahu hidayah itu milik Allah S.W.T. Tapi pernahkah kita juga terfikir bahawa hidayah dan petunjuk Allah itu sentiasa datang mengunjungi kita dalam pelbagai bentuk dan setiap masa.

Kenapa kita tidak nampak dan mengambilnya?

Kerana itu adalah soal HATI. Hati adalah tunjang segala kebaikan atau kejahatan. Jika rosak hati itu, maka rosaklah seluruh badan yang membawanya.



"Hidayah itu seperti air. Jatuhnya ke hati yang lembut akan memudahkan ia diserap. Jatuh pada hati yang keras seperti batu, maka sia-sialah rahmat hidayah itu."

Allah itu Maha Adil. Walaupun Dia adalah pemilik hidayah sepenuhnya, namun hati manusia yang menentukan penerimaan hidayah itu.

Kita sebagai penjaga hati ini perlulah mengubah ia ke arah yang lebih baik. Kerana suatu ketika nanti di mana pemilik hati ini iaitu Allah S.W.T. akan menilai setiap perbuatan yang disebabkan oleh hati.

Oleh itu, jangan salahkan Allah kerana memilih insan untuk menerima hidayah tetapi salahkan diri kerana tidak menerima setiap petunjuk yang diberi. Dan yang paling penting adalah sentiasa bersangka baik dengan Allah S.W.T. kerana setiap sangkaan kita adalah penunjuk kekerasan hati.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

P/S: Kadang2 saya terfikir, kenapa Allah tak berikan semua manusia hidayahNya dan masukkan mereka ke dalam syurga. Kenapa perlukan neraka untuk menghukum. Alhamdulillah, persoalan ini terungkai secara sendirinya ketika sedang mengelamun.

1. Hidayah itu sentiasa ada, dan tunggu masa untuk hati meresapinya.
2. Allah jadikan dunia sebagai cabaran bagi umat manusia.
3. Sekeras mana pun hati, ia tetap akan mengubah mengikut aluran air hidayah. Cuma masa
    menentukan. Tapi ingatlah, lembutkanlah 'batu' mu itu.
4. Solat, berdoa, baca Al-Quran dan buat baik kepada org lain itu adalah cara untuk melembutkan hati
    untuk menerima hidayah bukan supaya hidayah itu datang kepada kita. Kerana hidayah itu ada
    setiap masa. Lihatlah dgn mata hati...

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Wednesday, April 11, 2012

Cermin Peribadi Sendiri

Sedar atau tak, sebenarnya semua perkara yang kita lakukan mencerminkan peribadi kita.
Percaya tak?
Mungkin ada yang sedar... Ada yang tidak.

Apa yang dapat saya perhatikan,
kebanyakan perkara dan situasi yang berlaku kerana sikap kita sendiri.

Tapi tidak semua perkara adalah betul
Cuma sebagai renungan untuk mencermin siapa diri kita.

Kadang-kadang kita mesti tertanya-tanya
Macam mana perangai aku?
Jahat ke?

Ada juga sesetengah yang tanya kepada orang lain
"Si polan, aku nak berubah tapi boleh tak kau cerita kelemahan dan sikap aku?"

Aduh! Susah nak jawab soalan ni.
Betul tak?
Kita sanggup elak menjawab daripada lukakan hati seseorang. Kan?

Standard la tu. Sama la kita. Susah nak bagi tahu kelemahan takut kawan kecil hati.

Kepada yang nak tahu peribadi sendiri, boleh renungkan perkara di bawah...
 

 Cuba tengok diri anda, adakah anda:-

1- pakaian dan pemakaian
      - limat baju sendiri
      - baju serabut dalam almari
      - teratur dan kemas
      - wangian

2- makanan dan pemakanan
     - cepat dan teratur
     - gelojoh dan tumpah
     - slow and steady
     - basuh pinggan

3- main dan permainan
     - 'mastermind' permainan
     - main sampai menang dan puas hati
     - bersukan dan aktif

4- watak dan perwatakan
     - bentuk tulisan
     - 'gesture' badan
     - cara percakapan
     - cara duduk
     - bentuk muka
     - genre muzik

 5- kereta dan pemanduan
     - bauan
     - suasana
     - bunyi radio
     - keadaan kenderaan

6- komputer dan penggunaan
     - susunan 'desktop'
     - susunan peralatan komputer seperti 'mouse', 'keyboard', 'speaker' dan lain-lain
     - bentuk dan keupayaan komputer

7- barangan dan keperluan
    - cara memilih antara keperluan dan kemahuan
    - jenis barangan di rumah/bilik
    - hiasan rumah/bilik

Semua ini adalah contoh untuk mengenal diri sendiri.
Selalu sangat kita bertanya pada orang lain..
Hakikatnya, kita adalah orang yang paling layak untuk ditanya.
Kita lebih mengetahui diri ini...

Jadi, amalkanlah.
Supaya dapat memotivasi diri sendiri.

Renung-renungkan dan selamat beramal...
Hehe... (^.^)v



Saya amik beberapa contoh je ek?
Jangan nangis2 k..
Nanti kalu nak tau lebih lanjut...
Boleh le message kat fb. hehe..

Contoh 1:
Ketika berjalan
- tegak dan lurus -----> jenis yg konfiden dan tegas dalam pendirian
- menunduk        ------> seorang yang pemalu dan rendah diri
- teratur               ------> cermat dan berhati-hati
- langkah laju     -------> suka bertindak dengan cepat

Contoh 2:
Pemakaian wangian
- jenis mild ------> seorang yang bersederhana
- jenis strong ----> matang, konfiden dan pandai dalam berkata2
- jenis sweet2 -----> jenis yang ceria, dan riang

Ni adalah secara general. Mungkin tidak sama untuk setiap orang. Kerana manusia itu semua adalah berlainan. Tidak akan sama walaupun sedikit. Jikalau sama, tahap emosinya mungkin berbeza.

So, lepas ni...
Dah tak perlu tanya orang lagi.
Cermin diri sendiri dan nilai lah...

p/s: kadang-kala... sesetengah perkara kita kurang sedar sebenarnya. Kawan diperlukan untuk menjadi cermin kepada kita dalam menilai diri. namun... 'cermin' itu perlulah yang elok supaya 'rupa' yang dilihat itu tidak lari dari rupa kita sebenar. Namun, apa yang pasti... Pandangan diri sendiri dan penilaian orang sekeliling perlu diambil kira untuk berubah. tidak begitu? hehe...
    ~kredit to my senior Kak Ain... (^.^)v


Assalamualaikum... dan salam perpisahan.

Monday, April 9, 2012

Aku Bukan Ditakdirkan Menjadi Guru...

Aku tidak mempunyai rupa paras menarik seperti guru
Aku malu yang teramat sangat
Aku tidak pandai berkata-kata dengan berhikmah
Aku serba-serbi kurang
Tidak seperti para guru yang lain

Namun aku tidak akan berpuas hati selagi anak bangsaku lemah
Aku tidak mahu mereka menjadi seperti aku
Aku mahu mereka lebih baik
Aku mungkin gagal dalam mendidik
Tapi aku tahu, sayang aku pada mereka akan membawa kebaikan

Aku tahu Dia akan membantu diri.
Kerana sayang pada mereka...

Aku sanggup penat dan lelah di institusi pengajian tinggi
Semata-mata mahu mereka berjaya kelak
Menjadi buah emas pada agama dan negara
Kejayaan bukan sahaja di dunia
Malah akhirat jua

Kalau mereka tahu niat aku
Mereka akan mengerti niat guru-guru
Aku akan menangis kalu aku gagal menggembirakan dan mendidik mereka
Itu aku...
Bagaimana pula guru?
Sebak tak terkata, hanya Allah S.W.T yang mengetahui.

Aku hanya mahu menjadi abang kepada mereka
Abang yang sentiasa menjadi peneman adik-adik
Memangku ketika kau keletihan
Memimpin ketika kau keraguan

Aku cuba berharap aku menjadi abang dan guru yang terbaik
Tapi aku acap kali gagal
Gagal aku kerana Allah S.W.T.
Dia mahu aku kuat
Kuat dalam mengerti erti hidup

Aku hanya berharap...
Mereka membawa perubahan
Kepada agama dan negara
Ke arah yang lebih baik

Saturday, April 7, 2012

Kau Kawan, Rakan dan Sahabat



1.  Kawan tu bukan macam main FUTSAL.
     Mula-mula kejar… Dah dapat sepak…

                                    2.  Kawan tu bukan macam main SKATE.
                                         Mula-mula gosok…Lepas tu pijak…

                                                                            3.  Kawan tu bukan mcm main RAGBI.
                                                                                 Mula-mula tangkap…Dah dapat tendang…

                                                                                                                     4.  Kawan tu bukan mcm PAMPERS.
                                                                                                                          Dah pakai pastu buang…


                                                                             5.  Kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS.
                                                                                  Waktu baru beli pakai…Dah sengkek gadai…

                                      6.  Kawan tu bukan macam PELANGI.
                                           Hari cerah hilang…Hujan gerimis baru muncul…

7.  Kawan tu bukan macam KERETA.
     Rosak sikit jual …Beli baru…

                                       8.  Kawan tu bukan macam CHIPSMORE.
                                            Kejap ade kejap takde…

                                                                            9.  Kawan tu bukan macam BANK.
                                                                                 Bila dah takde duit baru nak cari…

Emmm.... Apa lagi ek nak tambah? OK!

Kawan tu macam awak la. Bila saya tulis, saya harap sgt awak akan baca sampai habis.
Kerana awak adalah kawan, rakan dan sahabat saya...

Apa yang paling penting adalah... PERSAHABATAN

Sebelum berundur, inilah kata terakhir untuk diungkap...

Bertemankan si pembuat haruman, walaupun kita tidak meramu wangian, namun harum aromanya tersebar jua, bertemankan si pembuat besi, walaupun tidak menempa besi, percikan baranya terkena jua


                         EdCoustic - Sebiru Hari Ini



Lirik:-
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang benderang
     Sebiru hati kita, bersama di sini

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga
      Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

Bukankah hati kita telah lama menyatu
     Dalam tali kisah persahabatan ilahi
           Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
                 Hapus air mata meski kita kan terpisah

Selamat jalan teman
      Tetaplah berjuang
            Semoga kita bertemu kembali
                    Kenang masa indah kita

Sebiru hari ini
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Monday, February 13, 2012

Tumpuan hanya satu


             



     Kadang-kadang aku tertanya, mana hilangnya tumpuan. Tumpuan yang sepatutnya aku beri kepada Maha Pencipta. Namun, ia mudah hilang dalam nyata ku. Puas ku mencari, kehilangan dirinya sukar untuk dikembalikan.

     Khusyuk adalah sesuatu yang sukar dicari. Kelibatnya juga tidak pernah melewati mata hati. Adakah aku seorang insan yang terlalu bergelumung dalam dosa? Jawapan yang hanya diketahui oleh Dia.

yang bermaksud “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2].

Cerita "Hafalan Shalat Delisa" membawa satu makna baru dalam erti khusyuk kepada diri ini. Ia adalah mudah sekiranya kita ikhlas dalam beribadat. Adakah kita ikhlas? Jawapan bukan terletak pada mulut tapi pada hati.

Pengertian ini menjadi mendalam dan hati ini tersentuh dan bertanya dengan kehadiran beberapa dialog di dalam filem itu.


                                                      Klip daripada filem "Hafalan Shalat Delisa"

  • Cuba fikirkan apa yang kita minat dan suka lakukan. Cth: bermain bola. Matlamatnya hanya satu iaitu menendang bola ke gawang lawan.
  • Anda tercedera di tengah permainan.
  • Adakah anda berhenti menendang ketika mendapat bola? Tidak bukan. Anda berusaha menendang untuk masuk ke gawang lawan.
  • Tiba-tiba, hujan turun. Anda terus menendang bola.
  • Dikasari pihak lawan, anda terus bermain sehingga ke akhir.
  •  
                                                            Klip daripada filem "Hafalan Shalat Delisa"


    Tujuan saya adalah untuk membuktikan bahawa suka dan minat itu boleh menetapkan fokus dalam diri. Segala cabaran luar mampu ditempuh untuk mencapai matlamat. Khusyuk juga adalah begitu.

    Ikhlas dalam beribadat sama seperti minat dan kesukaan. Segala cubaan dan pancaroba mampu ditempuh. Saya sentiasa merenung kembali diri dan bertanya, "Sudahkah aku sempurna sebagai hambaMu?"

    Ingatlah...
    Kita tidak mampu menjadi insan sempurna, tapi mampu berusaha ke arah menjadi insan sempurna.

     

    1) Solat dalam keadaan selesa – Kalau rasa nak terkencing dan sakit perut tu, janganlah ditahan-tahan. Buang dulu. Kalau rasa rimas dan badan melekit, sejukkanlah badan tu dulu. Mungkin anda perlu mandi agaknya. Kalau lapar, sila makan dulu. Sabda nabi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang bermaksud, “Apabila datang makanan malam dan iqamat untuk solat telah dilaungkan, mulailah dengan mengambil makanan malam terlebih dahulu.

    2) Fahamkan Makna Bacaan Anda – Kalau anda tak faham apa yang anda bacakan dalam solat, anda masih boleh khusyuk, tapi SUSAH! Lagipun ini akan memberi peluang pada minda anda untuk merayau-rayau memikirkan perkara lain. Malah, bila anda tak faham apa yang anda katakan, anda akan mudah bosan. Saya tak suruh anda tahu satu-satu makna perkataan dalam solat walaupun itu lebih bagus. Tapi cukuplah sekadar anda faham maksud bacaan. Sekurang-kurangnya ini membantu anda untuk lebih menghayati solat anda. Mulai sekarang, cari makna dan fahamkan maksud bacaan solat anda tu. Bukannya banyak pun. Sikit je kan.

    3) Solat Ditempat Sunyi dan Tenang – Hindarkan gangguan ketika solat. Gangguan bunyi bising dari radio dan tv, bau-bauan yang kurang menyenangkan, pandangan mata yang menyakitkan, jauhkan semua tu! Seelok-eloknya, sediakan ruang khusus di rumah anda untuk menunaikan solat. Persekitaran yang berkualiti membantu menjadikan solat anda solat yang berkualiti.

    4) Sebut Betul-Betul – Ramai orang yang bacaan solatnya lintang pukang. Baca macam nak belumba. Bayangkan saja, ada yang sujud, tak sampai 2 saat dah bangun. Agak-agak, betul tak sebutannya tu? Takut-takut, solat kita tak diterima dek kerana bacaan yang tak betul. Mulai sekarang saya mahu anda perhatikan dan fikirkan sama ada anda menyebut bacaan solat anda dengan SEBUTAN YANG BETUL. Sebut betul-betul dan dengarkan apa yang anda baca. Jangan kelam kabut. Jangan sampai solat anda jadi sia-sia. Ingat, orang yang lalai dalam solatnya, adalah orang yang celaka disisi Allah (al-Ma`un :4-5)

    5) Tenangkan Diri Sebelum Solat – Ambil masa anda untuk menenangkan diri sebelum anda mengangkat takbir untuk mendirikan solat. Ambil masa untuk mengatur kembali nafas anda. Bernafaslah dengan tenang. Mulalah untuk melupakan permasalahan anda. Jangan dah solat baru nak lupakan. Peringatkan diri anda bahawa sebentar lagi anda ingin berhadapan dengan Allah, tuhan yang mencipta anda, yang memberi anda nikmat harta dan mencukupkan keperluan anda. Apabila diri anda sudah cukup tenang, berdirilah. Tunaikanlah solat dengan tenang dan khusyuk.


    Cubalah... Insya Allah. Sama-sama saya kongsikan untuk panduan bersama. Semoga diri ini diberkati Allah dan amalan diterimanya.