Wednesday, June 22, 2011

Nukilanmu Sesuci Hatimu... (Episode 2)

Episod 1: Sesalan Hati      
Episode 3: Surat Terakhir

      Air mata mula bergelinangan dan menunggu masa untuk gugur ke bumi. Hati siapa yang tidak luluh apabila mengenangkan nasib anak sendiri yang akan hidup sendirian beberapa bulan lagi. Kudrat yang ada hanya untuk ketika waktu sahaja. Siapa sangka Ibu Nad yang sihat itu dikatakan mengidap penyakit Sklerosis Berbilang (Multiple Sclerosis). Selama ini dia hanya mengalami kebas dan pandangan kabur. Tidak disangka sikap acuh tidak acuh menjadi punca kepada penyakit ini.

      "Ibu! Rul dapat banyak ikan hari ini. Ibu nak masak apa ek?" tanya Rul yang memecahkan kesunyian. Tidak disangka sudah 2 jam ibu Nad termenung memikirkan nasibnya. Anak kesayangannya sudah pun pulang membawa hasil.

       "Ikan keli ada tak?" soalnya. Badrul menganggukkan kepalanya.
       "Ibu masak Ikan Keli Berlada lah. Boleh? Spesial untuk buah hati ibu seorang ni." ujar ibu Nad sambil mengukir senyuman walaupun hatinya berduka.

        "Thank you my lovely mommy,"jawab Badrul riang. Badrul terus masuk bersiap diri sambil ibunya memasak. Dilihat wajah ceria anakknya itu membuatkan hati ini makin terasa berat dan sedih.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

       Malam mula bertandang dan hujan mulai membasahi bumi. Badrul seperti biasa mengulangkaji selepas makan malam. Soalan yang diberikan oleh guru sekolahnya seperti terlalu mudah baginya. Tiada kelihatan urat -urat timbul di dahinya. Senang si ibu melihat anaknya seperti itu.

       Keputusan peperiksaan percubaan SPM dihulur apabila ibu Nad melabuhkan punggung untuk duduk. "Tahniah! Anak ibu dpt keputusan cemerlang. Ibu bangga dengan Rul. Nanti Rul nak sambung bidang apa selepas SPM? "

     "Badrul nak jadi..... jadi ....."

                                                                                                               bersambung

No comments:

Post a Comment