Friday, November 23, 2012

Sahabat... Janjimu aku genggam dalam hati

 Aku gembira menemui mu wahai sahabat. Merasakan hari ini cukup memberikan warna-warni pada kehidupan masa hadapan ku. Sudah berkali aku SMS tapi tidak berbalas. Sehingga aku terasa hati dengan perbuatan mu.

Bukan diri ini mewujudkan persahabatan untuk diputuskan. Tapi memegang erat tali sehingga ke liang lahad. Bersama kamu membuat masa aku berhenti. Namun hari ini kata-katamu membuatkan aku terharu.

Terharu dan sebak terasa di hati. Hari ini bukan niat untuk menelefon mu untuk kau angkat, tapi sekadar mencuba setelah mesej ku tidak berbalas sekian lama. Mungkin kesibukan membuatkan dirimu menjauhi aku. Aku kuatkan hati ini menaip nombor mu.

Suara mu yang membuatkan hati ini gembira. Kau membawa aku berjalan di sekitar UIAM. Bila aku bersama mu, kau kata... "tanyalah aku apa sahaja. hari ini aku buka soalan tentang diriku"

Bukan itu persoalan di hati. Namun, ku kuatkan diri bertanya sebab dia menghilang dari ku. Berpuluh  kemaafan ku pinta sekiranya aku bersalah. Namun bukan salah mu, ucapnya.

Aku berbuka puasa dengan ikhsan belanja darinya. Dia mula membuka bicara tentang novel tulisan Hilal Asyraf,

"Seorang sahabat yang mengemukan janji dua perkara kepada sahabat nya. Pertama: Janji kepadaku bahawa kau akan sentiasa mendoakan aku. Kedua: Sedarkan aku ketika aku jatuh. Persahabat mereka terputus mengikut arus waktu tapi janji sahabat untuk mendoakan diri rakannya itu sentiasa diutuskan. Hanya janji yang kedua itu tidak tertunai. Akhirnya, suatu malam sahabat itu bermimpi bahawa rakannya itu telah terjatuh ke persimpangan yang lain. Kini, sahabat itu sedar tanggungjawab janji kedua perlu ditepati. Bermulalah kisah sahabat itu mengubah rakannya yang terjatuh itu"

Seperti novel itu, dia mengemukan satu janji kepada ku. Aku berharap agar kau jangan berputus asa dengan aku. Janji ini aku yakin akan kau penuhi. Satu ungkapan yang menyebabkan hati ini sebak.

Malam ini merupakan satu kebahagian kepada aku; bertemu kau pada malam 10 muharam dan lafaz kata kau kepada ku. Inilah janji yang terbesar pernah aku ucapkan pada seseorang.

P/S: Tangan aku sentiasa di atas tangan mu. Tidak terlintas erti putus asa kepada mu. Kau katakan  aku kuat. Tapi kau dengarlah, Allah tidak suka kepada orang yang berputus asa dan itulah kekuatan aku. Bila jatuh, ku ingat kembali kebencian Allah itu. Maka bangunlah aku berdiri kembali. Bukan sifat aku mengalah itu tapi mungkin kau yang mengalah kepada ku.

Saturday, November 3, 2012

Jodoh.. Bilakah masaku?



Aku sentiasa memikirkan adakah si dia wujud untuk aku. Menanti setiap waktu untuk bersamamu, memegang erat tangan halus itu dan bersenda melihat senyuman yang indah itu. Sukar untuk aku melelapkan mata apabila mengenangkan dirimu, wahai serpihan 'tulang rusukku'

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suamu isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir"
~ Surah Ar-Rum: Ayat 21~

Aku bersedih bilamana manusia lain membina 'masjid' Mu. Bilakah akan tiba masaku untuk mengukuhkan lagi keimanan ini kepada diri Mu. Bukan kenikmatan dunia yang aku cari, tapi kenikmatan ketika bersama insan yang akan membawa aku ke arah syurga Mu.

Manusia sering mengatakan bahawa aku hanya menurut nafsu. Orang kahwin, kau mahu juga. Wahai sekalian manusia, jika itu kemahuan aku, tewaslah aku di dunia ini. Bukankah bila berkahwin itu telah sempurna sebahagian daripada iman.


"Siapa yang dikurniakan isteri yang solehah, bermakna beliau sudah membantu menyempurnakan iman orang itu. Oleh itu beliau pernah bertakwa kepada Allah bagi mencukupkan imannya."
 ~Hadis direkodkan At-Tabrani, Al-Hakim dan Al-Baihaqi~

Aku bukan buta hati seperti kamu yang mahukan kesenangan dunia, tapi aku mahu kesenangan hati bersama Pencipta ku yang menjadikan hati ini untuk dimiliki dan bersama menuju jalan Nya.

Namun, aku tahu bahawa kesabaran itu adalah sesuatu yang Engkau harapkan kepadaku. Supaya aku sentiasa bersyukur dan mengharapkan Engkau walau apa yang berlaku. Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku yakin dengan ketentuanMu kerana Engkau lebih mengetahui akan diri ini.

Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
"Aku mengikut sangkaan hambaKu kepadaKu, maka terserahlah dia hendak menyangka apa yang disukainya terhadap Aku."
~ Riwayat Ibnu Abid-Dunya ~

Ya Allah, jika masa ku belum tiba untuk itu, maka Engkau hadirkan lah diri ini dengan cinta Mu yang Maha Luas itu. Bantulah diri ini merasa aman ketika mana aku dalam kejatuhan dan sedih. Berikanlah kepadaku pemahaman akan ilmu Mu. Jika Engkau menyuburkan perasaan cinta kepada seorang wanita itu, maka lindungilah aku sehingga halal bagiku untuk bersamanya.

P/S: Nasihat aku kepada manusia di luar sana, janganlah skeptikal kepada pemikiran manusia yang ingin dikasihi. Itu adalah fitrah manusia, cuma cara manusia itu yang salah. Berdoalah untuk mereka supaya dipermudahkan urusan bersama daripada memaki insan itu. Percayalah bahawa doa anda itu lebih disayangi daripada kutukan yang dilemparkan. Sesungguhnya anda juga seperti mereka, hanya cara mereka berlainan.

Aku berdoa kepada Mu (Daripada Ibnu Abbas r.a., Baginda Rasulullah S.A.W. pernah berdoa) : 
"Ya Allah, jadikanlah lubuk hatiku, pandanganku, pendengaranku, tulang dan dagingku, rambut serta di kiri dan kananku sebagai cahaya bersinar” 
 (HR Bukhari dan Muslim)


Friday, November 2, 2012

Keindahan masa satu hari



        Kadang kita selalu menyalahi masa. Kerap kali mengatakan masa tidak cukup. Adakah kita sebagai manusia sedar bahawa masa yg diberikan oleh Allah S.W.T. itu sudah cukup untuk kegunaan manusia. Tidak Ia jadikan sesuatu itu tanpa sebab yang kukuh.

Sedar atau tidak, manusia sebenarnya ada:
* 24 jam dalam 1 hari
* 60 minit dalam 1 jam
* 60 saat dalam 1 minit.

Mengikutkan pengiraan, manusia ada 1440 minit dalam satu hari.
Beribadah kepada Dia hanya memerlukan 5 minit solat subuh, 10 minit solat zuhur, asar dan isyar, dan dalam 7 minit untuk solat maghrib.

Manusia masih mempunyai 1398 minit lagi bersamaan 23 jam lagi.

Apa yang kita lakukan seharian? Renungkan lah diri ini. Betapa kita sangat merugikan masa yang diberi.
Bukan sepenuhnya 24 jam masa yang Allah berikan itu hanya untuk beribadat kepadaNya. Tapi lakukanlah yang terbaik bagi mengisi kekosongan itu.

PENYUSUNAN MASA MENURUT ISLAM

Masa ketika lapang
“Sepatutnya ke atas seorang yang berakal itu, ia mempunyai empat waktu; waktu untuk berdoa, memohon kepda Allah, waktu  ia menghitung diri sendiri, waktu untuk ia memikirkan segala kejadian Allah dan suatu waktu untuk ia menikmati hajatnya daripada makan dan minum.”
 (HR Ibnu Hibban)
   
“Rehatkanlah hati kamu suatu waktu selepas suatu waktu, sesungguhnya hati akan menjadi buta, apabila membenci sesuatu”  
( Saidina Ali bin Abi Thalib)

“Lakukanlah daripada amalan (ibadat) yang kamu mampu. Kerana sesungguhnya Allah tidak jemu sehingga kamu yang akan jemu. Sebaik-baik amalan kepda Allah itu ialah berterusan walaupun sedikit” 
(HR Bukhari dan Muslim)
  
Masa untuk mengerjakan solat
"Kemudian apabila kamu selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu baring. Kemudian, apabila kamu tenteram (berasa aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang yang beriman, yang tertentu waktunya."
(Surah An-Nisa: Ayat 103) 


Masa untuk beribadat sunat
"(Keadaan mereka disana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit masa sahaja: masa dari waktu malam untuk mereka tidur. Dan pada akhir malam mereka pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun)."
(Surah Adh-Dhariyat: Ayat 16-18) 


BERDASARKAN AYAT DAN HADIS DI ATAS

* Waktu solat telah ditetapkan waktunya dan lakukan ketika anda berasa aman
   - sebaik-baiknya di awal waktu
   - selesaikan urusan kecil yang boleh menganggu kedamaian hati beribadat

* Waktu untuk solat sunat mengadap Allah telah ditetapkn waktunya iaitu diakhir malam

* Hanya tidur waktu malam dan seketika sahaja 
   - digalakkan untuk tidur di siang hari sebelum zuhur untuk memudahkan bangun malam

* Islam tidak menolak akan keperluan manusia. Allah telah menetapkan 4 waktu untuk itu
   - Waktu untuk berdoa memohon kepada Allah - waktu beribadat
   - Waktu menghitung diri sendiri                        - waktu berkerja 
   - Waktu memikirkan segala kejadian Allah      - waktu beristirehat
   - Waktu menikmati hajat makan dan minum   - waktu untuk menjaga diri 


P/S: Gunakanlah masa yang dikurniakan ini dengan sebaikknya. Sebagai seorang pelajar, agak tertekan bilamana kerja, projek, dan program datang menerjah diri ini. Namun, aku katakan kepada diri ini bahawa yakinlah akan sesuatu yang berlaku dan laksanakan dengan sebaiknya. Aku menetapkan setiap hari dengan objektif dan rancangan supaya aku tidak akan menyalah Allah atas apa yang diberikan. Malah aku boleh memberi masa dan peluang untuk bersama keluarga dan rakan. Alhamdulillah..