Kadang kita selalu menyalahi masa. Kerap kali mengatakan masa tidak cukup. Adakah kita sebagai manusia sedar bahawa masa yg diberikan oleh Allah S.W.T. itu sudah cukup untuk kegunaan manusia. Tidak Ia jadikan sesuatu itu tanpa sebab yang kukuh.
Sedar atau tidak, manusia sebenarnya ada:
* 24 jam dalam 1 hari
* 60 minit dalam 1 jam
* 60 saat dalam 1 minit.
Mengikutkan pengiraan, manusia ada 1440 minit dalam satu hari.
Beribadah kepada Dia hanya memerlukan 5 minit solat subuh, 10 minit solat zuhur, asar dan isyar, dan dalam 7 minit untuk solat maghrib.
Manusia masih mempunyai 1398 minit lagi bersamaan 23 jam lagi.
Apa yang kita lakukan seharian? Renungkan lah diri ini. Betapa kita sangat merugikan masa yang diberi.
Bukan sepenuhnya 24 jam masa yang Allah berikan itu hanya untuk beribadat kepadaNya. Tapi lakukanlah yang terbaik bagi mengisi kekosongan itu.
PENYUSUNAN MASA MENURUT ISLAM
“Sepatutnya ke atas seorang yang berakal itu, ia mempunyai empat waktu;
waktu untuk berdoa, memohon kepda Allah, waktu
ia menghitung diri sendiri, waktu untuk ia memikirkan segala kejadian
Allah dan suatu waktu untuk ia menikmati hajatnya daripada makan dan minum.”
(HR Ibnu Hibban)
“Rehatkanlah
hati kamu suatu waktu selepas suatu waktu, sesungguhnya hati akan menjadi buta,
apabila membenci sesuatu”
( Saidina Ali bin Abi Thalib)
“Lakukanlah daripada amalan (ibadat) yang kamu mampu. Kerana
sesungguhnya Allah tidak jemu sehingga kamu yang akan jemu. Sebaik-baik amalan
kepda Allah itu ialah berterusan walaupun sedikit”
(HR Bukhari dan Muslim)
Masa untuk mengerjakan solat
"Kemudian
apabila kamu selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut
dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu
baring. Kemudian, apabila kamu tenteram (berasa aman) maka dirikanlah
solat itu (dengan sempurna). Sesungguhnya solat itu adalah satu
ketetapan yang diwajibkan atas orang yang beriman, yang tertentu
waktunya."
(Surah An-Nisa: Ayat 103)
Masa untuk beribadat sunat
"(Keadaan
mereka disana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan
kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah
orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit
masa sahaja: masa dari waktu malam untuk mereka tidur. Dan pada akhir
malam mereka pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon
ampun)."
(Surah Adh-Dhariyat: Ayat 16-18)
BERDASARKAN AYAT DAN HADIS DI ATAS
* Waktu solat telah ditetapkan waktunya dan lakukan ketika anda berasa aman
- sebaik-baiknya di awal waktu
- selesaikan urusan kecil yang boleh menganggu kedamaian hati beribadat
* Waktu untuk solat sunat mengadap Allah telah ditetapkn waktunya iaitu diakhir malam
* Hanya tidur waktu malam dan seketika sahaja
- digalakkan untuk tidur di siang hari sebelum zuhur untuk memudahkan bangun malam
* Islam tidak menolak akan keperluan manusia. Allah telah menetapkan 4 waktu untuk itu
- Waktu untuk berdoa memohon kepada Allah - waktu beribadat
- Waktu menghitung diri sendiri - waktu berkerja
- Waktu memikirkan segala kejadian Allah - waktu beristirehat
- Waktu menikmati hajat makan dan minum - waktu untuk menjaga diri
P/S: Gunakanlah masa yang dikurniakan ini dengan sebaikknya. Sebagai seorang pelajar, agak tertekan bilamana kerja, projek, dan program datang menerjah diri ini. Namun, aku katakan kepada diri ini bahawa yakinlah akan sesuatu yang berlaku dan laksanakan dengan sebaiknya. Aku menetapkan setiap hari dengan objektif dan rancangan supaya aku tidak akan menyalah Allah atas apa yang diberikan. Malah aku boleh memberi masa dan peluang untuk bersama keluarga dan rakan. Alhamdulillah..
No comments:
Post a Comment