Tuesday, June 21, 2011

Kemarahan....

        Marah adalah suatu sifat yang ada dalam diri setiap individu. Kemarahan yang memuncak boleh menghilangkan kewarasan AKAL dan mengundang kepada bahaya NAFSU. Penerangan kepada sifat marah itu adalah terlalu subjektif dan berlainan untuk setiap individu.

        Marah yang berlebihan adalah suatu yang tidak normal malah boleh merosakkan diri. Beberapa cara boleh dipraktikkan untuk menahan emosi marah dan menukarkan kepada erti kesabaran.

      Antara cara yang boleh dipraktikkan untuk marah ialah :
  1. Banyakkan diam daripada berkata2.
  2. Fikirkan emosi dan cuba berada di tempat orang yang anda marah.
  3. Cuba berfikir sebelum bertindak melulu samada perlu atau tidak marah itu.
  4. Menarik nafas panjang dan lepaskan dengan perlahan.
  5. Mengira 1-10 dengan tenang dan cuba dalam keadaan menutup mata.
  6. Berbual dan bercerita dengan orang yang rapat.
  7. Berjenaka untuk melupakan penyebab kemarahan.
  8. Sentiasa tersenyum menunjukkan keikhlasan diri.
  9. Memaafkan setiap orang di sekeliling kita supaya marah tidak membuak.
         Sifat marah adalah berbeza bagi setiap individu. Ada yang paras (level) marahnya rendah dan ada yang tinggi. Kadang2 kita lihat, ada individu yang sentiasa tenang dan tersenyum malah jarang sekali memarahi orang lain. Namun, marah itu perlu dikawal dan perlu dijaga supaya tidak merosakkan diri dan masyarakat sekeliling.

      Bagi individu yang beragama Islam, anda ada beberapa cara lagi untuk mengatasinya :
  1. Banyakkan berzikir dan memuji kebesaran Allah S.W.T. ketika marah
  2. Ingatlah bahawa marah itu adalah satu sifat syaitan dan perlu dijauhi.
  3. Ambil wuduk sekiranya marah masih belum reda dan solat sekiranya masih berterusan.
        Sekiranya ingin menegur orang yang marah, pastikan biar ia reda dahulu kerana marah itu menjadikan ia seorang yang melampaui batas.


========================================================================
Rasulullah bersabda bermaksud:

 "Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang menggelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah S.W.T.) "
                                                                                                                   (Riwayat al-Tirmizi)  
===================================================================================

=================================================================================
Bagi orang yang sering marah, renung dan hayatilah firman Allah S.W.T. bermaksud:
      
     "Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka maafkannya.)"

                                                                                                           (Surah al-Syura ayat 37).
=================================================================================

No comments:

Post a Comment