Friday, October 21, 2011

Nukilanmu Sesuci Hatimu... (Episod 4)

Episod 3: Surat Terakhir
Episod 5: Kau Masih Sahabatku

           "Abang... Abang... Bangun. Dah masuk waktu Subuh ni." Satu suara merdu membangunkan aku dari tidur. Aku bingkas bangun dan menuju ke tandas. "Abang, tuala tak bawa sekali tak?"  Aku hanya mampu tersenyum sambil mencapai tuala.

         Sarapan pagi disediakan seperti biasa. Namun, pagi ini sungguh luar biasa. Kebanyakkan makanan yang terhidang adalah makanan ala barat. "Waduh, apa pula yang nak diminta ni!" Kataku dalam hati sambil tertawa kecil.

       "Abang, dah lima tahun ibu tinggalkan kita. Hampir setiap malam abang bermimpi ibu. Abang rindu ibu?" Hatiku tersentap akan pertanyaan itu. Aku tahu, dia hanya sempat berjumpa ibu sebulan sahaja sebelum pergi menurut perjalanan ayah. Maisara adalah anak arwah ibu yang diberikan kepada orang lain. Dia adalah kembarku.

      Aku bersyukur Maisara masih disini menemaniku. Aku hampir berfikir bahawa aku keseorangan di dunia ini selepas ibu pergi. Aku mungkin akan hilang punca hidup dan paling teruk menyeksa dir...

     "Abang, Mai salah tanya ke? Kenapa abang senyap seribu bahasa?" Pertanyaan Mai itu membantutkan lamunan aku. "Mai, abang hantar pergi kerja. Nanti balik abang ambil. Kebetulan hari ini jadual abang kosong." Maisara mengangguk tanda setuju.

      Kereta dihidupkan dan pintu rumah dikunci. Rul terus membawa kereta untuk menghantar Maisara ke pejabat. Hari mulai mendung selepas dia menghantar Maisara ke tempat kerja. Keadaan semakin gelap. "Mungkin hujan ribut pagi ini. Baik aku segera sampai."

     Guruh mula berdentum menggemakan suasana yang bising di tengah kota. "Alhamdulillah. Sampai pun." Badrul berhenti di ruang lobi hospital seketika untuk mengambil nafas. "Fuh! Penat betul. Terkejar-kejar aku nak ke sini. Alhamdulillah. Selamat sampai juga."

       Badrul memulakan tugasnya seperti biasa. Semasa hendak berjalan ke ruang bedah, bahu Badrul ditepuk seseorang.

  

No comments:

Post a Comment