Episode 4 : Aku Tidak Sunyi
Jiwa ini sungguh tersentak dengan tepukan itu. Masakan tidak, aku tengah berlari untuk melakukan sesuatu kerja yang mengatur hidup dan mati seseorang. Aku hanya mampu menjawab salam tanpa memikirkan gerangan orang itu.
"Syukur, Alhamdulillah. Selamat lagi satu pembedahan." Lega hati ini kerana telah berjaya menyelamatkan satu nyawa. Nyawa yang mungkin akan memberi seribu satu kebahagian dan keamanan kepada dunia. Malah, mungkin menjadi khalifah yang terbaik buat alam ini.
"Oh, ya! Siapa yang menepuk bahu aku tadi?" Fikirku mungkin adalah pekerja di hospital ini. Aku meneruskan perjalanan ke ruang rehat untuk melepaskan lelah. "Amboi, sombong. Lama tak nampak. Sihat rupanya." Aku menoleh.
MasyaAllah... Itu Gadaffi. Aku sungguh gembira bertemu dengannya. Sudah lapan tahun tidak berjumpa dengannya selepas ibuku meninggal. Hari ini menjadi satu hari yang bahagia dalam hidupku.
"Rul, aku masih sahabat kau?" Persoalan itu menjadi tanda tanya kepadaku. Mungkin Gadaffi mahu menguji aku. Aku anggukkan kepala sambil tersenyum. Namun, dari riak mukanya, dia mempunyai masalah yang agak serius. "Ah! Mungkin aku yang berlebih-lebih." Kataku untuk mengelak fikiran negatif yang melanda.
"Rul, akan berkahwin." Alhamdulillah. Itu adalah berita yang membuatkan hati ini ingin melonjak. "Tapi..." Ungkapan tapi itu membuatkan aku terpinga-pinga. "Apa yang tapi? Ada masalah? Cuba cerita pada aku."
"Ya Rabbi!" Cawan di tangan ini hampir terjatuh. Aku bagai merasakan suatu hunusan tajam menusuk hati ini. Sungguh tidak ku sangka ini akan berlaku. Aku hampir hilang suara untuk berkata.
No comments:
Post a Comment