Friday, June 24, 2011

Nukilanmu Sesuci Hatimu... (Episode 3)

Episode 2: Satu Persoalan
Episode 4: Aku Tidak Sunyi

      Boom! Bunyi guruh kuat telah memecahkan kesunyian malam. Lampu di rumah tiba-tiba terpadam menambahkan lagi kejutan pada Badrul dan ibu Nad. Mereka terdiam seketika.

      "Ibu nak ambil lilin di dapur. Rul tunggu di sini tau," ujar ibu Nad dalam nada yang agak kuat kerana guruh berdentuman di luar. Ibu Nad bingkas dan menuju ke dapur.

       "Ibu, Rul nak jadi doktor. Rul nak selamatkan ibu. Rul harap ibu mampu bertahan sehingga itu," ucap Badrul setelah bayangan ibunya tidak kelihatan. Air mata terus mengalir membasahi pipinya. Tidak disangka ibu kesayangannya itu akan pergi buat selamanya dunia ini. Tinggallah Badrul selepas itu dalam kesepian dan kesunyian tanpa kasih sayang seorang ibu. Tidak mampu difikirkan lagi hal itu. Badrul mengesat air mata yang mengalir itu supaya ibunya tidak kelihatan.

      Ibu Nad menghampiri Badrul membawa lilin. "Ni lilin untuk Rul. Jom ibu temankan Rul masuk tidur. Ibu dodoikan Rul mcm masa kecil dulu." Kata itu diucap bersama dengan seukir senyuman. Sebak jiwa Rul. Mungkin ini adalah kali terakhir ia akan dibelai sebegitu.

      Setibanya di kamar, Badrul bersuara. "Ibu masuk tidur ek? Takpe. Nnt Rul tidur. Ibu pun dah penat. Terima kasih ibu dan selamat malam." Ibu Nad mencium dahi anaknya itu dengan lemah-lembut dan penuh dengan kasih sayang sebelum keluar.  "Kehangatan bibir itu mungkin akan pudar tidak lama lagi," kata hati kecilnya.

     Setelah ibu Nad keluar, Badrul bangun dari katilnya. Dengan bercahayakan lilin, Badrul mencari sehelai kertas dan pen.Ingin dia menulis sesuatu kepada ibunya. 

Ibu,
   Bila ini terjadi, baru aku rasakan kasih sayangmu padaku. Setiap nafas yang dihembus dan setiap kata yang diucap bagaikan sungguh bererti. Andai badanmu masih dikandung tanah esok, ingin aku menciummu, dan membelaimu sehingga habis kudratku ini. Tidak lagi aku leka dengan dunia. Hanya bersamamu ku pinta. Ibu, nukilanku ini tidak sesuci hatimu. Namun, biarlah erti isinya yang kau bawa bersama.

    Hati ini berkecai bila ku tahu semuanya. Air mata yang ku simpan dan pendam berguguran jatuh membasahi bumi. Namun, aku reda sekiranya kau pergi meninggalkan aku tanpa lambaian. Ku ingin kau tahu. Hatiku dan hatimu adalah satu. Nukilan ini adalah cerita kita berdua. Sampaikan salamku pada ayah. Semoga kalian berbahagia bersama.

                                                                                                             Akhir kata... 
                                                                                                           Aku Cinta Padamu Ibu...

     Surat itu diakhiri dengan setitis air mata. Seolah-olah ia mahu menjadi saksi dan bukti cinta Badrul kepada ibunya. Dilipat surat itu sebaik mungkin dan diletakkan ia di bawah bantal. Mahu sahaja Badrul menatapnya sekali lagi. Namun mata ini terasa berat sekali. Badrul pun tidur dengan harapan bahawa esok adalah hari yang cerah dalam hidupnya.


                                                                                               

Wednesday, June 22, 2011

Nukilanmu Sesuci Hatimu... (Episode 2)

Episod 1: Sesalan Hati      
Episode 3: Surat Terakhir

      Air mata mula bergelinangan dan menunggu masa untuk gugur ke bumi. Hati siapa yang tidak luluh apabila mengenangkan nasib anak sendiri yang akan hidup sendirian beberapa bulan lagi. Kudrat yang ada hanya untuk ketika waktu sahaja. Siapa sangka Ibu Nad yang sihat itu dikatakan mengidap penyakit Sklerosis Berbilang (Multiple Sclerosis). Selama ini dia hanya mengalami kebas dan pandangan kabur. Tidak disangka sikap acuh tidak acuh menjadi punca kepada penyakit ini.

      "Ibu! Rul dapat banyak ikan hari ini. Ibu nak masak apa ek?" tanya Rul yang memecahkan kesunyian. Tidak disangka sudah 2 jam ibu Nad termenung memikirkan nasibnya. Anak kesayangannya sudah pun pulang membawa hasil.

       "Ikan keli ada tak?" soalnya. Badrul menganggukkan kepalanya.
       "Ibu masak Ikan Keli Berlada lah. Boleh? Spesial untuk buah hati ibu seorang ni." ujar ibu Nad sambil mengukir senyuman walaupun hatinya berduka.

        "Thank you my lovely mommy,"jawab Badrul riang. Badrul terus masuk bersiap diri sambil ibunya memasak. Dilihat wajah ceria anakknya itu membuatkan hati ini makin terasa berat dan sedih.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

       Malam mula bertandang dan hujan mulai membasahi bumi. Badrul seperti biasa mengulangkaji selepas makan malam. Soalan yang diberikan oleh guru sekolahnya seperti terlalu mudah baginya. Tiada kelihatan urat -urat timbul di dahinya. Senang si ibu melihat anaknya seperti itu.

       Keputusan peperiksaan percubaan SPM dihulur apabila ibu Nad melabuhkan punggung untuk duduk. "Tahniah! Anak ibu dpt keputusan cemerlang. Ibu bangga dengan Rul. Nanti Rul nak sambung bidang apa selepas SPM? "

     "Badrul nak jadi..... jadi ....."

                                                                                                               bersambung

Tuesday, June 21, 2011

Nukilanmu Sesuci Hatimu... (Episode 1)

Episode 2: Satu Persoalan

       Menyedari hakikat itu menyebabkan jiwa ini rapuh dan mati. Namun Badrul tetap meneruskan perjuangan hidup. Kekuatan dirinya sudah berada di puncak kejatuhan. Sukar menggambarkan erti duka yang dirasakan.

       "Engkau menangis ke Rul?", usik si Dafi apabila melihat rakannya itu. Badrul menggelengkan kepalanya. Namun, Gadaffi merasakan sesuatu yang berlainan pada diri Badrul. Rakan yang dia kenali itu bukanlah insan yang lemah. Ditepis segala masalah mendatang begitu senang skali. Tapi kali ini Badrul agak berbeza. Badrul diam seribu bahasa. Belakang bahu Badrul diusap manja oleh rakannya itu.

        KKRRRIINNGGG!!!!!! Loceng pun berbunyi menandakan bahawa waktu rehat telah tamat.
"Rul, jom masuk kelas. Nanti lambat pula masuk ke kelas." Badan Badrul dipimpin ke kelas. "Lemahnya badan Badrul", kata Dafi dalam hati.

        Petang itu selepas kelas, Dafi bertandang ke rumah Badrul seperti biasa. Kebiasaannya Badrul akan membuka pintu. Tapi kini ibunya pula yg datang. "Untie Nad, Rul kenapa tu? Saya lihat dia asyik bersedih je sejak dari sekolah tadi." Soalan itu dibiar bergantungan tanpa jawapan seketika. Sayup wajah ibu Badrul kelihatan jelas terpampang di mukanya.

       "Dafi, nanti dah sampai waktunya untie cerita. Masanya belum sesuai." Dafi termenung seketika. "Ya Allah. Apa yang berlaku sebenarnya?" Dafi masih terpinga-pinga. 

     Debuk! Jelas bunyi itu datang dari belakang. Sakit mula terasa. "Wei! Bila ko datang Dafi? Kenapa x panggil tadi? Tak perlu lah engkau menunggu lame aku. Kan dah dapat sebijik. Haha...", sergah Badrul dari belakang.

     Kelihatan senyuman Badrul kembali terukir di bibirnya. "Jom pergi memancing!" Dafi terus bersetuju. Soalan yang ditanya tadi seakan terus lenyap dari fikirannya. Setibanya di sana, mereka terus memula projek menangkap ikan. "Harap-harap aku dapat ikan banyak. Dapat aku riak sikit kat ko. Hehe..." Badrul terus menyakat rakannya itu. Dafi hanya mampu tersenyum.

      Keadaan berlainan di rumah Badrul. "Rul, kenapa semua ini berlaku pada mu wahai anakku. Kau masih terlalu muda dan banyak lagi yang kau belum lihat dalam dunia ini. Ibu seakan-akan tidak mampu menolongmu..."

                                                                                                                                  bersambung....

Kemarahan....

        Marah adalah suatu sifat yang ada dalam diri setiap individu. Kemarahan yang memuncak boleh menghilangkan kewarasan AKAL dan mengundang kepada bahaya NAFSU. Penerangan kepada sifat marah itu adalah terlalu subjektif dan berlainan untuk setiap individu.

        Marah yang berlebihan adalah suatu yang tidak normal malah boleh merosakkan diri. Beberapa cara boleh dipraktikkan untuk menahan emosi marah dan menukarkan kepada erti kesabaran.

      Antara cara yang boleh dipraktikkan untuk marah ialah :
  1. Banyakkan diam daripada berkata2.
  2. Fikirkan emosi dan cuba berada di tempat orang yang anda marah.
  3. Cuba berfikir sebelum bertindak melulu samada perlu atau tidak marah itu.
  4. Menarik nafas panjang dan lepaskan dengan perlahan.
  5. Mengira 1-10 dengan tenang dan cuba dalam keadaan menutup mata.
  6. Berbual dan bercerita dengan orang yang rapat.
  7. Berjenaka untuk melupakan penyebab kemarahan.
  8. Sentiasa tersenyum menunjukkan keikhlasan diri.
  9. Memaafkan setiap orang di sekeliling kita supaya marah tidak membuak.
         Sifat marah adalah berbeza bagi setiap individu. Ada yang paras (level) marahnya rendah dan ada yang tinggi. Kadang2 kita lihat, ada individu yang sentiasa tenang dan tersenyum malah jarang sekali memarahi orang lain. Namun, marah itu perlu dikawal dan perlu dijaga supaya tidak merosakkan diri dan masyarakat sekeliling.

      Bagi individu yang beragama Islam, anda ada beberapa cara lagi untuk mengatasinya :
  1. Banyakkan berzikir dan memuji kebesaran Allah S.W.T. ketika marah
  2. Ingatlah bahawa marah itu adalah satu sifat syaitan dan perlu dijauhi.
  3. Ambil wuduk sekiranya marah masih belum reda dan solat sekiranya masih berterusan.
        Sekiranya ingin menegur orang yang marah, pastikan biar ia reda dahulu kerana marah itu menjadikan ia seorang yang melampaui batas.


========================================================================
Rasulullah bersabda bermaksud:

 "Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang menggelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah S.W.T.) "
                                                                                                                   (Riwayat al-Tirmizi)  
===================================================================================

=================================================================================
Bagi orang yang sering marah, renung dan hayatilah firman Allah S.W.T. bermaksud:
      
     "Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka maafkannya.)"

                                                                                                           (Surah al-Syura ayat 37).
=================================================================================

Monday, June 20, 2011

Dunia ini.

         Kadang2 kita merasakan dunia ini sungguh tidak adil pada kita. Seolah2 ia selalu memberikan masalah dan kesedihan dalam hidup. Sukar untuk menggambarkan sakit yang dirasa. Merobek jiwa dan hati ini bila difikirkan.
Namun sebenarnya kalu dilihat dari prospek lain, putaran dunia mmg begini. Malah kehidupan dalam dunia ini wujud sebelum kita lahir lg. Dunia ini berubah disebabkan manusia sendiri. Manusia yang menjadikan trend, kecantikan, kemewahan dan muzik berada di tangga teratas dalam hidup.

       Bila manusia itu gagal mendapatkan apa yang dikatakan suatu kepentingan dan keperluan seperti dikatakan tadi, maka sifat kecewa akan datang. Tangisan berguguran ke bumi menyatakan kekesalan dan kedukaan. Apabila ia diratapi dengan sepenuh perasaan hati, maka istilah MATI menjadi satu pertaruhan.

      Maka disinilah peranan AKAL untuk membawa diri dan hidup ini ke dalam satu dunia yang berbeza dengan orang lain. Membiarkan ia terus berada dalam diri tanpa digunakan sebaikya meletakkan diri ini terus berada dalam kepincangan. Peranan ia terus diabaikan malah lebih memudaratkan apabila manusia sanggup menggunakan NAFSU untuk menggantikan akal. Terserlah kebodohan yang selama ini disimpan. Anggapan diri ini bagus akan terkubur malah mematikan sendiri jiwa dan HATI.

      Hati adalah suci. Sesuci satu lembaran awan yang putih dan sentiasa melindungi. Namun, hampir keseluruhan manusia menjadikan hati dan nafsu sebagai pasangan. Pasangan seperti ini yang menyebabkan dunia ini menjadi tidak adil. Tiada kata lain yang dapat digambarkan apabila mereka bersatu. Hanya perbuatan yang terkutuk menjadi cerita dan drama.

      Ikatan antara hati dan akal menjadikan dunia ini aman tanpa kerisauan. Memberi satu ruang kepada setiap individu merenung mencari satu punca kedamaian jiwa dan nurani. Kesucian pertalian antara mereka berdua adalah ibarat cahaya yang menerangi diri.

    Maka, dunia akan menjadi seperti kehendak kita....

Cara hidupku...

    Aku ni bukan lah minat sangt bab2 fesyen, music n lain2. Aku nie jenis biase jer. Simple and mudah dikendalikan. Haha... Mcm mesin lak kan.

    Kalu masuk bab fesyen nie. Aku suke pakai bende simple2 n mudah masuk kat badan n jiwa lelebih lagi org memandang. Fuh! Nikmat. haha...

   Music? Hump... Aku lebih suke yang jenis pop. Kan skrg nie dah byk lagu nasyid versi 'POP' tu. Ala2 meletup gitu. Hehe. Aku x pandai sgt nak pilih lagu n kekadang artis pun aku aku x ingt name. Aku dah mule ckp bende merapu dah nie. Ok la. Aku pos sikit gaya pemakaian aku. Simple jer.

My Facebook



Pengenalan


Sunday, June 19, 2011


Falsafah Hidup Jiwa Ini


       Hidup ini adalah sangat bermakna sekiranya kita pandai menilai dan menghargai. Namun, kehidupan di dunia ini sentiasa memberi kita ruang untuk berfikir sejenak tentang diri, manusia, alam dan Pencipta.

       Aku mahu menilai diri ini sebagai sebatang PENSEL.

      Tahukah anda bahawa pensel sebenarnya diberikan beberapa syarat sebelum boleh digunakan oleh manusia?


  1. Pensel itu tidak akan berguna sekiranya tiada sesiapa yang memegangnya...
  2. Pensel akan sentiasa diasah untuk menulis dengan baik dan lancar...
  3. Pensel tidak akan berguna jika isi di dalamnya tidak elok dan rosak...
  4. Pensel akan sentiasa boleh dipadam apabila melakukan kesalahan...
  5. Pensel akan tetap meninggalkan kesan walaupun dimana ia digunakan...

Huraian
  1. Manusia akan berguna sekiranya ia berada di tangan Pencipta mereka. Dia mengetahui dan sentiasa memberikan kita yang terbaik. Malah kita akan merasa lebih berguna ketika diri dan jiwa ini sentiasa bersama-Nya.
  2. Dunia ini penuh dengan pelbagai cubaan dan dugaan. Ia mampu menumpulkan akal dan hati ini. Namun kita perlu sedar bahawa kesakitan daripada semua itu adalah bertujuan membuatkan kita lebih baik daripada semalam.
  3. Rupa luaran sahaja tidak mampu mencerminkan siapa diri kita. Tapi, hati, jiwa dan rohani ini adalah menjadi satu kayu ukur kepada sifat dan keperibadian. Luaran yang elok dengan dalaman yang rosak adalah tidak berguna dan dibuang sahaja.
  4. Manusia sentiasa melakukan kesalahan. Namun, kesalahan itu boleh diperbetulkan walau ia teruk tidak mengira keadaan dan masa. 
  5. Kita haruslah menjadi berguna kepada insan lain. Tinggalkan nama dan budi di mana sahaja berada untuk dikenang walaupun sudah tiada.