Saturday, October 22, 2011

Dunia ini dengan kesempurnaan

Kehidupan ini adalah bersifat sementara. Sementara itu adalah nyawa kita di sini. Tidak perlu mengejar sesuatu yang sukar dikejar. Kita telah ditugaskan untuk sesuatu perkara yang mampu kita lakukan, bukan di luar batasan kemampuan. 

Namun, kita sebagai manusia sering lalai dan alpa dengan kehidupan yang bersifat sementara. Masa yang ada di dunia ini perlulah kita gunakan untuk mencapai kesempurnaan dalam diri, menenangkan jiwa, mencari kedamaian dan membuat kebaikan. 
Kadang-kala, perbuatan baik yang kita lakukan sering dipandang serong oleh masyarakat. Tapi ingatlah kata-kata pendorong yang telah dikongsikan sebelum ini.

Mencapai kesempurnaan hidup bukanlah mudah tapi ianya juga bukan mustahil.

  1.  Janganlah membandingkan diri anda dengan orang lain.
  2. Cubalah berfikir positif kepada sesuatu perkara yang anda tidak dapat lakukan.
  3. Ketahuilah batasan diri dan lakukanlah sesuatu perkara dalam batasan anda.
  4. Janganlah terlalu memikirkan diri sendiri yang kurang sempurna ini.
  5. Alirkan tenaga anda kepada sesuatu perkara yang baik.
  6. Bermimpilah di saat anda berjaga.
  7. Perasaan iri hati itu adalah perbuatan yang sia-sia.
  8. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci orang lain.
  9. Jadikan kehidupan lalu sebagai sempadan bukan sebagai ingatan.
  10. Tiada siapa yang boleh menentukan kebahagian ini kecuali anda.
  11. Ketahuilah bahawa hidup ini dalah seperti sebuah sekolah kepada diri.
  12. Senyum dan ketawalah selalu.
  13. Anda tidak perlu menang untuk setiap perkara.

  1.  Hubungi dan doakan keluarga anda selalu.
  2. Berikanlah sesuatu yang terbaik kepada orang sekeliling setiap hari.
  3. Maafkan individu atas semua kesalahan yang dilakukan.
  4. Cubalah mengukir senyuman pada setiap wajah manusia.
  5. Setiap ucapan buruk daripada sekeliling adalah bukan masalah anda untuk difikirkan.
  6. Kerjaya bukanlah sesuatu yang lebih penting daripada keluarga dan rakan.
  1. Tuhan adalah perkara pertama yang diletakkan apabila anda berfikir dan lakukan sesuatu.
  2. Tuhan adalah pendamai jiwa nurani.
  3. Buatlah yang terbaik dalam hidup ini.
  4. Walaupun sesuatu situasi itu baik atau buruk atas perbuatan anda, biarkanlah kerana ia akan berubah.
  5. Tidak kira bagaimana anda rasa, bangunlah dari tempat dudukmu
  6. Perkara yang terbaik akan datang jua
  7. Buanglah perkara yang tidak berguna, cantik dan menggembirakan.
  8. Bila anda selalu ingatkan Tuhan, anda akan gembira.

- Dipetik daripada "The Last Lecture" -

Friday, October 21, 2011

Nukilan Sesuci Hatimu...

Gambar 'cover' Nukilan Sesuci Hatimu

 Salam,
       Ini adalah satuk karya daripada saya sendiri. Lahirnya ia apabila hati ini berbicara. Bicara ingin mengubat luka dan lara, menggantikan dengan tawa dan gembira. Ini adalah permulaan kepada tulisan saya. Penutupnya masih belum mampu difikirkan.

      Sinopsisnya juga belum boleh ditulis kerana ia adalah cerita hati. Hati tidak pernah putus berbicara dan akal merakam setiap kata hati dengan tekun. Itulah fungsi akal dan hati.

      Cerita ini adalah akan diupdate selalu dan setiap kesalahan harap dimaafkan. Lagipun, saya adalah orang baru. Harap-harap, pembaca suka dan komenlah.


Nukilanmu Sesuci Hatimu... (Episod 4)

Episod 3: Surat Terakhir
Episod 5: Kau Masih Sahabatku

           "Abang... Abang... Bangun. Dah masuk waktu Subuh ni." Satu suara merdu membangunkan aku dari tidur. Aku bingkas bangun dan menuju ke tandas. "Abang, tuala tak bawa sekali tak?"  Aku hanya mampu tersenyum sambil mencapai tuala.

         Sarapan pagi disediakan seperti biasa. Namun, pagi ini sungguh luar biasa. Kebanyakkan makanan yang terhidang adalah makanan ala barat. "Waduh, apa pula yang nak diminta ni!" Kataku dalam hati sambil tertawa kecil.

       "Abang, dah lima tahun ibu tinggalkan kita. Hampir setiap malam abang bermimpi ibu. Abang rindu ibu?" Hatiku tersentap akan pertanyaan itu. Aku tahu, dia hanya sempat berjumpa ibu sebulan sahaja sebelum pergi menurut perjalanan ayah. Maisara adalah anak arwah ibu yang diberikan kepada orang lain. Dia adalah kembarku.

      Aku bersyukur Maisara masih disini menemaniku. Aku hampir berfikir bahawa aku keseorangan di dunia ini selepas ibu pergi. Aku mungkin akan hilang punca hidup dan paling teruk menyeksa dir...

     "Abang, Mai salah tanya ke? Kenapa abang senyap seribu bahasa?" Pertanyaan Mai itu membantutkan lamunan aku. "Mai, abang hantar pergi kerja. Nanti balik abang ambil. Kebetulan hari ini jadual abang kosong." Maisara mengangguk tanda setuju.

      Kereta dihidupkan dan pintu rumah dikunci. Rul terus membawa kereta untuk menghantar Maisara ke pejabat. Hari mulai mendung selepas dia menghantar Maisara ke tempat kerja. Keadaan semakin gelap. "Mungkin hujan ribut pagi ini. Baik aku segera sampai."

     Guruh mula berdentum menggemakan suasana yang bising di tengah kota. "Alhamdulillah. Sampai pun." Badrul berhenti di ruang lobi hospital seketika untuk mengambil nafas. "Fuh! Penat betul. Terkejar-kejar aku nak ke sini. Alhamdulillah. Selamat sampai juga."

       Badrul memulakan tugasnya seperti biasa. Semasa hendak berjalan ke ruang bedah, bahu Badrul ditepuk seseorang.

  

Saturday, October 15, 2011

Apabila diri ini .....



Bila direnung kembali dalam diri. Baru kita nampak sesuatu yang tidak kita ketahui dulu. Sebab itu kita digalakkan untuk memuhasabah diri setiap hari sebelum tidur. Diri ini bukanlah seorang yang sempurna. Ilmu agama pun tidakklah sekuat dan seutuh mana. Keimanan pun akan goyah. Namun, ada beberapa kata yang tersemat dalam diri ini yang sentiasa menjadi kekuatan dan pegangan,

Mengenal diri sendiri adalah perkara yang sukar dilakukan. Hanya orang yang mampu berfikir dengan waras dan sentiasa merenung adalah orang yang paling bertuah di dunia ini. Mereka lebih suka memerhati dan menilai sesuatu itu dengan hati dan fikiran yang terbuka.

Semua ini adalah kata-kata perangsang yang saya gunakan dalam hidup.


1) Apabila orang sentiasa mengeji dengan kebaikan yang kita buat atau sesuatu sifat fitrah kita sejak lahir.
   
 

2) Bila kita ingin menenangkan diri daripada membenci seseorang.

 

3) Cuba untuk menenang dan menyedapkan diri apabila ternampak kelemahan diri.

 

4) Berusaha untuk memaafkan seseorang walaupun kesalahan tersebut terlalu besar.

 

5) Apabila rasa tertekan akan sesuatu perkara.

 

6) Terasa berputus asa


   7) Ketika mana perasaan marah mula menguasai diri  terhadap insan lain
       
     

Monday, October 10, 2011

10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah


1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

11- Surah Al-Kahfi-dapat mengelak fitnah Dajjal