Itu adalah sifat manusia yang normal. Tetapi kenormalan manusia itu juga dikira dari hati dan akhlaknya. Dugaan itu bukan datang ketika hati merelakannya. Itulah perlunya kekuatan hati dan iman di hati.
Namun dugaan yang datang bukanlah seberat mana yang dirasa. Cuma minda yang menolaknya. Cubalah kita meredhainya dan merelakan dugaan itu datang. Biarlah ia mengalir mengikut peredaran aliran takdir. Jangan disalahkan pada pemberi dugaan itu, tapi salahkan diri ini sekiranya tidak mampu memikulnya.
Ada satu cerita ingin dikongsikan:-
"Di sebuah perkampungan, ada seorang lelaki tua. Lelaki itu sentiasa tersenyum. Tidak pernah terlihat urat-urat kedut di dahinya. Tersenyum bagai membawa khabar berita bahagia. Pada suatu hari, datang seorang pemuda yang mempunyai masalah kepadanya.Dia mengeluh terhadap dugaan yang berlaku kepadanya. Lelaki tua itu hanya tersenyum. Seketika kemudian, dia menyuruh pemuda itu membeli dua bungkus garam dan dibawa kepadanya. Pemuda itu menurut tanpa bertanya lebih lanjut.Pemuda itu kemudiannya membawa barangan yang diminta. Lelaki tua itu memasukkan sebungkus garam ke dalam segelas cawan dan meminta pemuda itu meminumnya. Pemuda itu menurut perintah. Wajah pemuda itu berkerut seribu apabila meminum air itu.Kemudian lelaki itu membawa pemuda tersebut ke sebuah kolam kecil yang jernih airnya. Dituangkan sebungkus garam ke dalam kolam itu. Lelaki tua itu menyuruh ia minum dari air kolam itu. Tersenyum ia apabila rasa air kolam itu tidak berubah sama sekali dengan keadaan asalnya. Pemuda itu tersenyum apabila lelaki itu memberinya pengajaran tentang perlakuannya itu."
Kata lelaki itu:
"Garam itu adalah dugaan. Jika engkau kecilkan hati seperti gelas itu, maka akan binasalah rasa kemanisan hidup ini tapi apabila engkau lapangkan hati ini seperti kolam, kehidupan mu akan terasa lapang dan garam itu tidak akan berupaya merosakkan rasa kehidupan kamu ini."
P/S:
Lapangkanlah dada mu andai dugaan menimpa dan bersabarlah menerimanya. Sesungguhnya Allah S.W.T. itu tidak zalim seperti kamu menzalimi-Nya. Dia mahukan sedikit perhatian daripada hamba-Nya yang lalai itu. Berikanlah masamu sedikit mengingati Dia. Berdoalah kepada-Nya. Dialah pemberi segala nikmat, pendamai dua hati dan kekasih diri ini.
(^.^)v...
No comments:
Post a Comment