Kita selalu menghargai diri orang lain dan nasib baik yang sentiasa bersamanya. Namun, kita sentiasa lupa untuk bersyukur dan melihat kelebihan yang kita ada. Kita sentiasa merasakan diri ini lemah. Tidakkah kita sedar bahawa diri kita ini adalah unik dan setiap yang berlaku adalah kerana keunikan itu.
Menyesal dan menyerah kalah adalah satu sifat negatif yang ada dalam diri kita. Bergantung kepada kita untuk menyerlahkan ia atau sebaliknya. Apa yang pasti dalam diri ini adalah keyakinan. Mampukah kita memujuk diri ini untuk sentiasa yakin?
- Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri
- Kita selalu lupa apa yang kita miliki, tapi sering kali ingat apa yang orang lain ada
- Jika takut akan sesuatu, lihatlah dan hadapilah ia
- Jika anda hilang segalanya, ingatlah anda masih mempunyai masa hadapan
- Sesiapa yang tidak pernah merasa kepahitan, tidak akan mengenal erti kemanisan
- Kekuatan tidak datang daripada kemampuan fizikal, tetapi datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
- Manusia yang tidak pernah berharap untuk menang telah bersedia untuk kalah
- Kita mesti memastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok masih diberi peluang.
- Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya
- Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia selalu mengecewakan agama
- Setitik dakwat mampu membuat sejuta orang berfikir tentangnya
- Kita lahir dengan dua mata dihadapan kerana hadapan itulah masa depan kita
- Sekali anda jatuh, jangan jatuh berkali-kali
- Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakanlah masa silam yang suram.