Mawi - Ayah... Aku Rindu Padamu
Klik untuk muat turun lagu ini
Ayah..
aku rasa sunyi
sejak kehilanganmu
di dunia ini
di saat ku meniti
kejayaan ini
Ayah..
aku menyanjungi
jasamu yang terlalu
agung buatku
tak dayaku membalas
jasa dan budimu
Tanpa kamu
hilanglah haluan hidupku
terasa siksanya di jiwa ini
tak dapatku
membalas jasamu
di dunia ini
Di pagi raya
ku pohonkan
kemaafan keinsafan
ku doakan
agar rohmu
dicucuri rahmat Ilahi
oh ayah...
Tanpa kamu
hilanglah haluan hidupku
terasa siksanya di jiwa ini
apapun aku
tetap redha
apa yang mendatang
Di pagi raya
ku pohonkan
kemaafan keinsafan
ku doakan
agar rohmu
dicucuri rahmat Ilahi
oh ayah...
Ayah..aku rasa sunyi
MP3 Player (untuk slow connection)
Nota dari penulis :-
Saya rasa sedih mendengar lagu ini. Walaupun masih mempunyai ayah, namun penghayatan diri terhadap nyanyian Mawi ini telah membawa saya ke arah satu ruang masa tanpa kehadiran seorang ayah. Kehadiran ayah semasa hidupnya bagai ditenggelami oleh kebaikan ibu. Kehadiran ayah mula dilupai namun berkat kecekalan hati dan kasih sayang pada anak mampu mengembalikan kekuatan untuk terus berbakti kepada keluarga.
Ayah! Saya berjanji akan cuba melakukan terbaik selagi nyawa masih dikandung. Andai perjalanan mu terhenti di sini, halalkan segala perbuatan dan perkataan yang menyinggung hatimu.Namun aku mahu dirimu mengetahui bahawa aku mengasihimu sehingga akhir. Ku doakan kasih sayangmu pada aku dan keluarga akan membawa kami ke syurga Ilahi. Amin.
No comments:
Post a Comment