Tuesday, April 26, 2011

Petua Mencari Lelaki yang Baik...

1. Yang berkemampuan.

2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda.

"Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup.Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya."

3. Pandai menjaga darjat diri; apabila bercakap dikota dan diamalkan.

"Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu.Begitu juga isteri yang baik.Seringkali la mengajak suami kearah kebaikan dan sering mengingatkan.Kerana ada ketika suami2 ini terlalai."

4. Berkebolehan di dalam urusan rumahtangga.

"Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan."
5. Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk.
"Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah.Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk.Begitu juga isteri jangan menaruh sebarang syak wasangka yang buruk terhadap suami."

6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan.

"Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri."
7. Mudah memaafkan.

8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik.

9. Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia.

Antara cinta dan sahabat....

Susah gak nak meleraikan huraian ni. Namun ada sesuatu yang menarik untuk dikongsi.
Meh sini 'humble' nak cite skit.

"SAHABAT DAN CINTA"


SAHABAT adalah ibarat taman dipenuhi orang yang dipercayai.
     CINTA  adalah ibarat dunia yang ada kamu berdua.

SAHABAT bila dipandang mata, kamu merasai keprihatinan dan perhatian mereka.
     CINTA bila dipandang mata, kamu merasai ketenangan dan kedamaian di hati.

SAHABAT terasa dekat walaupun kedinginan jauh di mata.
      CINTA terasa kehangatannya di hati apabila tiada di sisi.

SAHABAT mengharapkan terbaik daripada anda.
      CINTA memberikan terbaik daripada anda.

SAHABAT mendiami dan menakluk mindamu.
     CINTA menguasai roh dan batinmu.

SAHABAT sentiasa berada di sisi mu apabila diperlukan.
     CINTA di mana kamu memberikan segalanya untuk berada di sisinya.

SAHABAT ibarat kehangatan senyuman di musim sejuk.
     CINTA ibarat kehangatan sentuhan yang menghidupkan denyutan hatimu.

SAHABAT mampu hidup tanpa cinta
     CINTA akan mati tanpa sahabat.



SAHABAT 
dampinganmu menyusup ketenangan
hilai tawamu menenangkan jiwa
hadirmu mengubat luka di jiwa

namun... 

CINTA itu
keindahannya tanpa tandingan
tawanya membuka hati
sentuhannya mencairkan ketakutan 
harumnya semerbak bauan syurga
suaranya mengembalikan keremajaan...

Itulah Tanda Aku dan Engkau...
Aku dan Dia...

Monday, April 25, 2011

Teknik mengorat...

Ehem2! amboi! kalu bab ni. sume terhegeh nk tau. xpe la. test lu klu jadi. alang2 tu share la skit. :D



# : "Eh awak ni bekas penyanyi kumpulan 4UTC kan? ... (sambil menyanyikan sedikit lagu dari kumpulan tersebut...) ... saya minat dekat kumpulan tu" (jika tackel pakwe ... korang tukar kepada kumpulan Eva ke ... Elite ke ... oekiss)

# : jika korang dari jauh sudah nampak orang yang diminati ... terus jalan ke arahnya ... apabila berselisih terus cakap "Waalaikumsalam".... pasti dia akan macam tertanya .. bila masa dia bagi salam ... maka kat sini gunakan ilmu agama korang yang cetek tue untuk mengayat ... kalau boleh masukkan kisah kisah nabi ke ...


# : upah member korang yang paling hodoh tahap sundel bolong .. atau tahap Hantu Kak Limah ... dan kemudian suruh dia tenung orang yang korang minat ... lepas tue korang rapat ke arah kawan korang tue dan cakap kat budak yang korang minat tue ... "dari tadi saya tengok .. dia asyik perhatikan awak je membuatkan awak tidak selesa ... awak nak saya tumbuk perut dia ke?" (dia pasti akan berterima kasih kerana cuak dan korang boleh mulakan perbualan)

# : instead of tanya dia "tumpang tanya, jam pukul berapa?" ... tanya dia "9 x 7 berapa?" ... atau bagi soalan matematik ... macam tanya macam nie  .. "boleh tumpang tanya ... jarak The Loaf dengan Maybank Bkt Bintang berapa jauh mengikut kelajuan bintang" ... mesti budak yang korang minat tue bangga sebab korang nie jenis bijak pandai lah ...

# : "wajah awak ni mirip Pian Cecupak lah ... awak ni saudara dia ke? ... saya minat sangat tengok wajah awak nie..." ... dan sekiranya nak tackel perempuan .. mungkin boleh tukar kepada Neng Yang timah ke ... atau Siti Tanjung Perak ... for sure orang yang korang nak kenal tue terkekek kekek ketawa sebab bakal dapat pasangan yang kelakar tahap beruang kutub ...

# : tapi kalau nampak muka yang jenis alim alim sikit ... cuba korang guna teknik pendekatan ber-agama sikit ... "kalau awak nak tahu, mim mati bertemu ba hukumnya iqlab, dan wajib dibaca dengung" (muka kena konfiden) ... tapi kalau budak tue membetulkan statement anda ... bersyukur banyak banyak depan dia .. sebab di pertemukan dengan pasangan yang dapat membantu dan memperbetulkan akidah anda ... tapi kalau dia tak memperbetulkan statement anda ... maka dot dot dot la... lu pk la sendiri


#: Excuse me cik adik, I sesat ni… boleh tunjuk camne nak pegi umah you? klu korang berjaya, mmg pompuan tu tahap terdesak nak cari laki. or maybe die mmg lurus tahap dewa. adoi! klu mcm tu, abs la korang dpt bini mcm die. Katakan die ala2 pandai mcm james bond la, konpem2 korang salah masuk rumah la jawapnya.



#: Senang citer camni lah, ape kata you ambik Blackberry I ni, nanti I call u. Padan muka korang la klu x dpt balik. tetibe awek tu amk phone buang sim card. klu nak bagi pun, bagilah la yg canggih skit. ckp dgn die, telepon ni x gne sim. tp gne satelite. haha... bru senang nk call klu die tetibe seludup g china ke hp korang tu.


#: Mintak maaf cik, boleh saya pinjam telefon cik kejap? emergency ni! mak saya pesan, kalau saya dah jatuh cinta, telefon dia cepat! konpem la korang dpt. dpt pelempang. haha...


#: Hai! Saya cuma nak cakap, saya rasa awak awek paling cantik pernah saya jumpe, jadi saya belikan air sirap ini untuk awak. mesti die ckp, so sweet la u nie... x penah ader laki belikan air mcm nie. klu korang nk tackle awek kaya, bawak la chicken chop ker. yg mahal skit. kene la jaga status sket.

Kenapa lelaki menangis?

Selalunya kita mendengar perempuan menangis. Apa kata kita lihat sebab lelaki menangis. Adakah anda mempunyai cirinya?


Lelaki yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yang kuat imannya.

Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu.

Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Allah.


Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih.

Sekarang, amat susah mencari lelaki jenis ini.

Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling Anda adalah lelaki bersikap egois, maka menangis sebab teringat dosa pun dia tidak akan mahu buat, apatah lagi menangis sebab merasa terlalu bersyukur.

Lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang lembut hatinya, penyayang, amat jujur dan setia.
Hatinya lembut sebab nur iman yang tersimpan di situ menyinarkan mahabbah, maksudnya rasa berkasih-sayang dan rasa ingi saling mengambil berat.

Itu juga petanda bahawa lelaki jenis ini seorang yang optimis pemikiranya, bersangka baik dan tidak suka berkata yang buruk walaupun sekelumit cuma.
Kenapa lelaki menangis?

Kebanyakan lelaki akan menangis apabila:
  • Terlalu gembira apabila menyambut kelahiran cahaya mata pertama.
  • Teringat dosa-dosa lalu pernah dilakukan olehnya.
  • Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada Allah Yang Maha Esa.
  • Ibu atau bapanya meninggal dunia.
  • Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka.
  • Terlalu khusyuk di dorong rasa kehambaan di dalam zikir-zikirnya.
  • Tersentuh hati tatkala mengenangkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca olehnya.
Sia-sia lelaki yang menangis kerana *WANITA, KEKAYAAN dan PANGKAT...

Pengenalan...

Salam,
   Dah lame x update blog nie. Dlu ader gak beberapa blog. Tp disebabkn kemalasan membara, tu yg x update blog. Hehe... ~(Ketawa sopan)~


'Humble' pun masih mentah dalm berbloging. Jikalau ada ape2 nk tambah n mencantikkan blog. sila2lah bantu.

n nak ucap terima kasih dan selamat datang. Hehe... (^.^)v...