Takut gagal ini dihadapi oleh kebanyakan orang. Sesetengah orang akan mula berfikiran bahawa mereka tidak boleh. Orang yang seperti ini wujud kerana oleh beberapa keadaan:
1) Mereka seorang pemalu
2) Mereka seorang yang berfikiran negatif
3) Berkawan dengan orang yang negatif pemikirannya
4) Takut mencuba sesuatu yang baru
5) Tekanan persekitaran dll.
Sesetangah manusia kadang-kala suka menjatuhkan idea kreatif seseorang. Mereka menolak tanpa penilaian yang mendalam. Hal ini menyebabkan pemikiran kreatif seseorang itu tersekat. Idea tidak diterima pakai oleh orang yang 'biasa'.
Ini nasihat saya pada kawan2 dan diri ini...
Disapa Kegagalan Yang Menyakitkan Diri
Rakan saya ini dahulu seorang yang ceria, independent dan periang. Dia adalah seorang yang produktif dan aktif dalam bersosial dengan rakan-rakan yang lain. Namun, satu peristiwa telah membuatkan hatinya terluka.
Dia,
'A' (bukan nama sebenar) seorang perancang 'event' yang baik. Malah menjadi tumpuan rakannya untuk 'plan' sesuatu acara termasuklah berjalan-jalan or 'hang out' dgn member.
Peristiwa kegagalannya berlaku ketika membuat surprise party untuk rakan2. Kebanyakkan kawan2 itu menyalahi dia kerana ketidakjadian sambutan hari jadi itu.
Bukan sepatutnya disalahkan rakan saya itu. Dirancang seeloknya untuk menjadikan sambutan hari jadi yang terbaik, namun 'geng'nya tidak memberi kerjasama yang baik. Namun, kegagalan merancang itu dijatuhkan keatasnya.
Dia mula berubah kepada erti 'malas' untuk ambil tahu keadaan sekeliling. Namun, erti malas yang diucapkan itu sama ertinya gagal. Dia 'malas' untuk bangun lagi. Sama ertinya dengan gagal kan?
Namun, rakan mana yang mahu rakannya sedih. Dia hilang kepercayaan kepada orang lain. Sukar memulihkankan sekiranya diri berfikiran negatif.
"Ini Nasihat Saya Padanya!!"
Kegagalan? Semua manusia pernah
menghadapi kegagalan tetapi dengan jalan yang berbeza. ALLAh berikan
dugaan yang lain-lain pada setiap orang.
Kesedihan anda? ALLAh tahu. ALLAh nampak.
Namun apa yang menjadi perhatian ALLAh SWT adalah, bagaimana anda
berusaha memujuk diri sendiri untuk berhadapan dengan kegagalan
tersebut. Sahabat, gagal berkali-kali tidak bermakna akan gagal sampai
masanya akhirat. Ada yang berhadapan dengan kegagalan dan sedih, tapi
tetap meneruskan langkah. Sebab dirinya tahu, ALLAh itu ada rancangan
yang terbaik buat dirinya. Ada yang berhadapan dengan kegagalan, tetapi
sengaja menggagalkan lagi diri sendiri; tidak mahu berusaha kerana telah
berputus asa. Mungkin merasa dirinya langsung sudah tidak berguna lagi.
Menghadapi kegagalan lalu berputus asa, anda sebenarnya zalim terhadap diri sendiri!
Bila disapa kegagalan, anda sebenarnya tidak gagal. Malah sebenarnya
anda mendapat perhatian lebih daripada ALLAh SWT. Masa inilah, mungkin
ALLAh SWT mahu melihat bagaimana anda sebagai seorang hamba menjalankan
peranan.
Adakah kegagalan itu menjauhkan anda dari DIA? Atau mendekatkan pada-Nya?
Bangkit dan Tetap Berusaha
Saya jadi teringat, saya sendiri pernah mengalami kegagalan. Airmata?
Jangan cakap, memang tumpah juga akhirnya. Masa tu, biarkan sahaja
airmata mengalir. Tanda kelemahan seorang hamba dihadapan Sang Khaliq.
Ah. Sekadar mengimbas memori. Dan memori itu memang indah.
Gagal. Agaknya, ramai manusia yang takut pada perkataan gagal ini.
Anda bagaimana? Adakah selepas kegagalan sudah tidak ada lagi jalan
lain? Adakah jalan yang ada hanyalah jalan untuk berputus asa? Naaa,
sudah pasti tidak!
Hei sahabat, apa kamu lupa pada janji ALLAh dalam kitabullah?
“Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.
Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau telah
selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang
lain). dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap.” asy Syarh : 5-8
Kegagalan anda itu sebenarnya, ALLAh sudah sediakan jalan keluar.
Jalan kejayaan. Yang penting adalah anda berusaha dan berusaha lagi
sehingga berjaya. Kegagalan tidak selamanya, kejayaan pasti ada!
Hidup ini sebenarnya bertunjangkan keyakinan kepada ALLAh SWT. Jika
anda tidak yakin terhadap ALLAh, jadi bagaimana kiranya ALLAh akan yakin
terhadap anda? MashaALLAh.
Sama seperti kita berdoa, ALLAh memakbulkan doa. Subhanallah! Namun,
apa yang ALLAh makbulkan adalah apa yang manusia perlukan dan baik untuk
kehidupannya. Bukan apa yang dihajatinya, dan mungkin doanya itu adalah
sesuatu yang tidak baik untuknya.
Makanya, ALLAh berikan apa yang
sepatutnya manusia perlukan.
“..Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal
itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak
baik bagimu. ALLAh mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” – al
Baqarah : 216
Sebenarnya, kemuliaan anda adalah bilamana anda gagal, tetapi anda
tetap meneruskan langkah disamping menjadi seorang hamba yang baik
kepada Tuhannya. Sekiranya airmata ingin merembes keluar, maka
alirkannya dihadapan Sang Khaliq.
Mengadulah hai sahabat dihadapan ALLAh. ALLAh mendengar pengaduanmu.
ALLAh rindu pengaduan. ALLAh tahu deritamu. ALLAh tahu manik jernih dari
matamu itu gugur lantaran mengakui kekerdilan diri seorang hamba.
Anda Bukan Seorang Manusia Yang Gagal
Saya sangat menghormati orang yang diberikan ALLAH dengan ujian
kegagalan, tapi menerima dengan tabah dan terus berusaha. Malah, saya
sebenarnya segan dengan orang yang begini. Hamba yang terpilih..
MashaALLAh.
Apa yang penting, sekiranya diberi ujian kegagalan, anda seharusnya
berfikiran positif terhadap diri anda terlebih dahulu, barulah makhluk
lain akan berfikiran positif terhadap anda.
Pandangan manusia sekeliling? Jangan hiraukan pandangan itu sekiranya
pandangan itu boleh membuat kamu jauh daripada ALLAh SWT. Yakin, yang
ALLAh sentiasa ada dan memandang anda.
Sahabat, anda bukan seorang yang gagal. Tetapi anda seorang pendaki
yang ALLAH berikan keizinan untuk rehat memastika bekalan cukup dan
membetulkan keadaan sebelum berjaya ke puncak kejayaan.
Hei! Anda orang yang berjaya. Orang yang dikasihi ALLAH SWT!
Sekiranya ada orang menyisihkan anda, maka tersenyumlah. Kerana ALLAH
dan para malaikatnya sentiasa berada disamping anda. Ini bukan rekaan.
ALLAH suka pada hamba-Nya yang sentiasa bersyukur.
Anda bukan seorang yang gagal. Set!
Kegagalan adalah lumrah hidup manusia. Dan semua manusia akan melaluinya. Noted!
Pssst! Sahabat, mari sini.. *rebahkanbahumupadaku*
ALLAh ada untuk kamu. InshaALLAh, Rasulullah bangga melihat kamu. Kamu
jangan pernah sedih berlebihan ya? Kiranya memerlukan seorang teman,
saya boleh menjadi teman itu. InshaALLAh.
Saya peluk boleh? Senyum.
Kamu hamba yang terpilih dan bertuah!
Semoga ALLAh merahmati.
P/S:
Kepada 'A' yang memahaminya, anda adalah unik. Bangunlah walaupun anda mengambil masa yang lama. Jangan dibiarkan diri terseksa. Dan ingatlah bahawa ada orang lain akan bersama mu saat yang lain melarikan diri dari sisimu. (^.^)v...
Credit to
http://cintailahi.com...