Sunday, June 19, 2011


Falsafah Hidup Jiwa Ini


       Hidup ini adalah sangat bermakna sekiranya kita pandai menilai dan menghargai. Namun, kehidupan di dunia ini sentiasa memberi kita ruang untuk berfikir sejenak tentang diri, manusia, alam dan Pencipta.

       Aku mahu menilai diri ini sebagai sebatang PENSEL.

      Tahukah anda bahawa pensel sebenarnya diberikan beberapa syarat sebelum boleh digunakan oleh manusia?


  1. Pensel itu tidak akan berguna sekiranya tiada sesiapa yang memegangnya...
  2. Pensel akan sentiasa diasah untuk menulis dengan baik dan lancar...
  3. Pensel tidak akan berguna jika isi di dalamnya tidak elok dan rosak...
  4. Pensel akan sentiasa boleh dipadam apabila melakukan kesalahan...
  5. Pensel akan tetap meninggalkan kesan walaupun dimana ia digunakan...

Huraian
  1. Manusia akan berguna sekiranya ia berada di tangan Pencipta mereka. Dia mengetahui dan sentiasa memberikan kita yang terbaik. Malah kita akan merasa lebih berguna ketika diri dan jiwa ini sentiasa bersama-Nya.
  2. Dunia ini penuh dengan pelbagai cubaan dan dugaan. Ia mampu menumpulkan akal dan hati ini. Namun kita perlu sedar bahawa kesakitan daripada semua itu adalah bertujuan membuatkan kita lebih baik daripada semalam.
  3. Rupa luaran sahaja tidak mampu mencerminkan siapa diri kita. Tapi, hati, jiwa dan rohani ini adalah menjadi satu kayu ukur kepada sifat dan keperibadian. Luaran yang elok dengan dalaman yang rosak adalah tidak berguna dan dibuang sahaja.
  4. Manusia sentiasa melakukan kesalahan. Namun, kesalahan itu boleh diperbetulkan walau ia teruk tidak mengira keadaan dan masa. 
  5. Kita haruslah menjadi berguna kepada insan lain. Tinggalkan nama dan budi di mana sahaja berada untuk dikenang walaupun sudah tiada.


Tentang Diriku...

Maklumat Diri
 Nama          : Muhammad Faiz
Umur           : 20-an
Tinggi           : 168 cm
Jisim             : 62 kg
Tarikh lahir   : 26 Oktober 198*
Tempat lahir : Kuala Lumpur
Alamat         : Putrajaya
Hobi            : Entah! Buat je ape2 yg best...
Impian         : Malu cheq nk ckp. kiki...
Sekolah       : Sek Keb Taman Selasih   (Dar 1-5)
                     Sek Keb Putrajaya 1         (Dar 6)
                     Sek Men Keb Putrajaya 1 (Ting 1)
                     Sek Men Keb Putrajaya 3 (Ting 2-3)
                     Sek Men Sains Muar         (Ting 4-5)



Pengajian Tinggi : Universiti Teknologi Malaysia, KL    (Diploma)
                                 Universiti Teknologi Malaysia, Johor (Ijazah)

Personaliti : 
Aku ini adalah seorang yang biasa2 je. Simple and happy-go-lucky. N paling penting...
Aku suke dengan budak2. Geram sbb diorg comel sgt. Hehe...
Nak tau byk lg kene la knl dlu.
(^.^)v Peace!!

Hubungi :
Email : far.eastz.guyz@gmail.com