Aku gembira menemui mu wahai sahabat. Merasakan hari ini cukup memberikan warna-warni pada kehidupan masa hadapan ku. Sudah berkali aku SMS tapi tidak berbalas. Sehingga aku terasa hati dengan perbuatan mu.
Bukan diri ini mewujudkan persahabatan untuk diputuskan. Tapi memegang erat tali sehingga ke liang lahad. Bersama kamu membuat masa aku berhenti. Namun hari ini kata-katamu membuatkan aku terharu.
Terharu dan sebak terasa di hati. Hari ini bukan niat untuk menelefon mu untuk kau angkat, tapi sekadar mencuba setelah mesej ku tidak berbalas sekian lama. Mungkin kesibukan membuatkan dirimu menjauhi aku. Aku kuatkan hati ini menaip nombor mu.
Suara mu yang membuatkan hati ini gembira. Kau membawa aku berjalan di sekitar UIAM. Bila aku bersama mu, kau kata... "tanyalah aku apa sahaja. hari ini aku buka soalan tentang diriku"
Bukan itu persoalan di hati. Namun, ku kuatkan diri bertanya sebab dia menghilang dari ku. Berpuluh kemaafan ku pinta sekiranya aku bersalah. Namun bukan salah mu, ucapnya.
Aku berbuka puasa dengan ikhsan belanja darinya. Dia mula membuka bicara tentang novel tulisan Hilal Asyraf,
"Seorang sahabat yang mengemukan janji dua perkara kepada sahabat nya. Pertama: Janji kepadaku bahawa kau akan sentiasa mendoakan aku. Kedua: Sedarkan aku ketika aku jatuh. Persahabat mereka terputus mengikut arus waktu tapi janji sahabat untuk mendoakan diri rakannya itu sentiasa diutuskan. Hanya janji yang kedua itu tidak tertunai. Akhirnya, suatu malam sahabat itu bermimpi bahawa rakannya itu telah terjatuh ke persimpangan yang lain. Kini, sahabat itu sedar tanggungjawab janji kedua perlu ditepati. Bermulalah kisah sahabat itu mengubah rakannya yang terjatuh itu"
Seperti novel itu, dia mengemukan satu janji kepada ku. Aku berharap agar kau jangan berputus asa dengan aku. Janji ini aku yakin akan kau penuhi. Satu ungkapan yang menyebabkan hati ini sebak.
Malam ini merupakan satu kebahagian kepada aku; bertemu kau pada malam 10 muharam dan lafaz kata kau kepada ku. Inilah janji yang terbesar pernah aku ucapkan pada seseorang.
P/S: Tangan aku sentiasa di atas tangan mu. Tidak terlintas erti putus asa kepada mu. Kau katakan aku kuat. Tapi kau dengarlah, Allah tidak suka kepada orang yang berputus asa dan itulah kekuatan aku. Bila jatuh, ku ingat kembali kebencian Allah itu. Maka bangunlah aku berdiri kembali. Bukan sifat aku mengalah itu tapi mungkin kau yang mengalah kepada ku.
Showing posts with label Akal. Show all posts
Showing posts with label Akal. Show all posts
Friday, November 23, 2012
Saturday, December 3, 2011
Buat Diri Ini
Kita selalu menghargai diri orang lain dan nasib baik yang sentiasa bersamanya. Namun, kita sentiasa lupa untuk bersyukur dan melihat kelebihan yang kita ada. Kita sentiasa merasakan diri ini lemah. Tidakkah kita sedar bahawa diri kita ini adalah unik dan setiap yang berlaku adalah kerana keunikan itu.
Menyesal dan menyerah kalah adalah satu sifat negatif yang ada dalam diri kita. Bergantung kepada kita untuk menyerlahkan ia atau sebaliknya. Apa yang pasti dalam diri ini adalah keyakinan. Mampukah kita memujuk diri ini untuk sentiasa yakin?
- Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri
- Kita selalu lupa apa yang kita miliki, tapi sering kali ingat apa yang orang lain ada
- Jika takut akan sesuatu, lihatlah dan hadapilah ia
- Jika anda hilang segalanya, ingatlah anda masih mempunyai masa hadapan
- Sesiapa yang tidak pernah merasa kepahitan, tidak akan mengenal erti kemanisan
- Kekuatan tidak datang daripada kemampuan fizikal, tetapi datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
- Manusia yang tidak pernah berharap untuk menang telah bersedia untuk kalah
- Kita mesti memastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok masih diberi peluang.
- Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya
- Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia selalu mengecewakan agama
- Setitik dakwat mampu membuat sejuta orang berfikir tentangnya
- Kita lahir dengan dua mata dihadapan kerana hadapan itulah masa depan kita
- Sekali anda jatuh, jangan jatuh berkali-kali
- Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakanlah masa silam yang suram.
Saturday, October 22, 2011
Dunia ini dengan kesempurnaan
Kehidupan ini adalah bersifat sementara. Sementara itu adalah nyawa kita di sini. Tidak perlu mengejar sesuatu yang sukar dikejar. Kita telah ditugaskan untuk sesuatu perkara yang mampu kita lakukan, bukan di luar batasan kemampuan.
Namun, kita sebagai manusia sering lalai dan alpa dengan kehidupan yang bersifat sementara. Masa yang ada di dunia ini perlulah kita gunakan untuk mencapai kesempurnaan dalam diri, menenangkan jiwa, mencari kedamaian dan membuat kebaikan.
Kadang-kala, perbuatan baik yang kita lakukan sering dipandang serong oleh masyarakat. Tapi ingatlah kata-kata pendorong yang telah dikongsikan sebelum ini.
Mencapai kesempurnaan hidup bukanlah mudah tapi ianya juga bukan mustahil.
- Janganlah membandingkan diri anda dengan orang lain.
- Cubalah berfikir positif kepada sesuatu perkara yang anda tidak dapat lakukan.
- Ketahuilah batasan diri dan lakukanlah sesuatu perkara dalam batasan anda.
- Janganlah terlalu memikirkan diri sendiri yang kurang sempurna ini.
- Alirkan tenaga anda kepada sesuatu perkara yang baik.
- Bermimpilah di saat anda berjaga.
- Perasaan iri hati itu adalah perbuatan yang sia-sia.
- Hidup ini terlalu singkat untuk membenci orang lain.
- Jadikan kehidupan lalu sebagai sempadan bukan sebagai ingatan.
- Tiada siapa yang boleh menentukan kebahagian ini kecuali anda.
- Ketahuilah bahawa hidup ini dalah seperti sebuah sekolah kepada diri.
- Senyum dan ketawalah selalu.
- Anda tidak perlu menang untuk setiap perkara.
- Hubungi dan doakan keluarga anda selalu.
- Berikanlah sesuatu yang terbaik kepada orang sekeliling setiap hari.
- Maafkan individu atas semua kesalahan yang dilakukan.
- Cubalah mengukir senyuman pada setiap wajah manusia.
- Setiap ucapan buruk daripada sekeliling adalah bukan masalah anda untuk difikirkan.
- Kerjaya bukanlah sesuatu yang lebih penting daripada keluarga dan rakan.
- Tuhan adalah perkara pertama yang diletakkan apabila anda berfikir dan lakukan sesuatu.
- Tuhan adalah pendamai jiwa nurani.
- Buatlah yang terbaik dalam hidup ini.
- Walaupun sesuatu situasi itu baik atau buruk atas perbuatan anda, biarkanlah kerana ia akan berubah.
- Tidak kira bagaimana anda rasa, bangunlah dari tempat dudukmu
- Perkara yang terbaik akan datang jua
- Buanglah perkara yang tidak berguna, cantik dan menggembirakan.
- Bila anda selalu ingatkan Tuhan, anda akan gembira.
- Dipetik daripada "The Last Lecture" -
Saturday, October 15, 2011
Apabila diri ini .....
Bila direnung kembali dalam diri. Baru kita nampak sesuatu yang tidak kita ketahui dulu. Sebab itu kita digalakkan untuk memuhasabah diri setiap hari sebelum tidur. Diri ini bukanlah seorang yang sempurna. Ilmu agama pun tidakklah sekuat dan seutuh mana. Keimanan pun akan goyah. Namun, ada beberapa kata yang tersemat dalam diri ini yang sentiasa menjadi kekuatan dan pegangan,
Mengenal diri sendiri adalah perkara yang sukar dilakukan. Hanya orang yang mampu berfikir dengan waras dan sentiasa merenung adalah orang yang paling bertuah di dunia ini. Mereka lebih suka memerhati dan menilai sesuatu itu dengan hati dan fikiran yang terbuka.
Semua ini adalah kata-kata perangsang yang saya gunakan dalam hidup.
1) Apabila orang sentiasa mengeji dengan kebaikan yang kita buat atau sesuatu sifat fitrah kita sejak lahir.
2) Bila kita ingin menenangkan diri daripada membenci seseorang.
3) Cuba untuk menenang dan menyedapkan diri apabila ternampak kelemahan diri.
4) Berusaha untuk memaafkan seseorang walaupun kesalahan tersebut terlalu besar.
5) Apabila rasa tertekan akan sesuatu perkara.
6) Terasa berputus asa
Tuesday, June 21, 2011
Kemarahan....
Marah adalah suatu sifat yang ada dalam diri setiap individu. Kemarahan yang memuncak boleh menghilangkan kewarasan AKAL dan mengundang kepada bahaya NAFSU. Penerangan kepada sifat marah itu adalah terlalu subjektif dan berlainan untuk setiap individu.
Marah yang berlebihan adalah suatu yang tidak normal malah boleh merosakkan diri. Beberapa cara boleh dipraktikkan untuk menahan emosi marah dan menukarkan kepada erti kesabaran.
Antara cara yang boleh dipraktikkan untuk marah ialah :
Bagi individu yang beragama Islam, anda ada beberapa cara lagi untuk mengatasinya :
========================================================================
Rasulullah bersabda bermaksud:
"Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang menggelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah S.W.T.) "
(Riwayat al-Tirmizi)
===================================================================================
=================================================================================
Bagi orang yang sering marah, renung dan hayatilah firman Allah S.W.T. bermaksud:
"Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka maafkannya.)"
(Surah al-Syura ayat 37).

- Banyakkan diam daripada berkata2.
- Fikirkan emosi dan cuba berada di tempat orang yang anda marah.
- Cuba berfikir sebelum bertindak melulu samada perlu atau tidak marah itu.
- Menarik nafas panjang dan lepaskan dengan perlahan.
- Mengira 1-10 dengan tenang dan cuba dalam keadaan menutup mata.
- Berbual dan bercerita dengan orang yang rapat.
- Berjenaka untuk melupakan penyebab kemarahan.
- Sentiasa tersenyum menunjukkan keikhlasan diri.
- Memaafkan setiap orang di sekeliling kita supaya marah tidak membuak.
Bagi individu yang beragama Islam, anda ada beberapa cara lagi untuk mengatasinya :
- Banyakkan berzikir dan memuji kebesaran Allah S.W.T. ketika marah
- Ingatlah bahawa marah itu adalah satu sifat syaitan dan perlu dijauhi.
- Ambil wuduk sekiranya marah masih belum reda dan solat sekiranya masih berterusan.
========================================================================
Rasulullah bersabda bermaksud:
"Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang menggelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah S.W.T.) "
(Riwayat al-Tirmizi)
===================================================================================
=================================================================================
Bagi orang yang sering marah, renung dan hayatilah firman Allah S.W.T. bermaksud:
"Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka maafkannya.)"
(Surah al-Syura ayat 37).
=================================================================================
Monday, June 20, 2011
Dunia ini.
Kadang2 kita merasakan dunia ini sungguh tidak adil pada kita. Seolah2 ia selalu memberikan masalah dan kesedihan dalam hidup. Sukar untuk menggambarkan sakit yang dirasa. Merobek jiwa dan hati ini bila difikirkan.
Namun sebenarnya kalu dilihat dari prospek lain, putaran dunia mmg begini. Malah kehidupan dalam dunia ini wujud sebelum kita lahir lg. Dunia ini berubah disebabkan manusia sendiri. Manusia yang menjadikan trend, kecantikan, kemewahan dan muzik berada di tangga teratas dalam hidup.
Bila manusia itu gagal mendapatkan apa yang dikatakan suatu kepentingan dan keperluan seperti dikatakan tadi, maka sifat kecewa akan datang. Tangisan berguguran ke bumi menyatakan kekesalan dan kedukaan. Apabila ia diratapi dengan sepenuh perasaan hati, maka istilah MATI menjadi satu pertaruhan.
Maka disinilah peranan AKAL untuk membawa diri dan hidup ini ke dalam satu dunia yang berbeza dengan orang lain. Membiarkan ia terus berada dalam diri tanpa digunakan sebaikya meletakkan diri ini terus berada dalam kepincangan. Peranan ia terus diabaikan malah lebih memudaratkan apabila manusia sanggup menggunakan NAFSU untuk menggantikan akal. Terserlah kebodohan yang selama ini disimpan. Anggapan diri ini bagus akan terkubur malah mematikan sendiri jiwa dan HATI.
Hati adalah suci. Sesuci satu lembaran awan yang putih dan sentiasa melindungi. Namun, hampir keseluruhan manusia menjadikan hati dan nafsu sebagai pasangan. Pasangan seperti ini yang menyebabkan dunia ini menjadi tidak adil. Tiada kata lain yang dapat digambarkan apabila mereka bersatu. Hanya perbuatan yang terkutuk menjadi cerita dan drama.
Ikatan antara hati dan akal menjadikan dunia ini aman tanpa kerisauan. Memberi satu ruang kepada setiap individu merenung mencari satu punca kedamaian jiwa dan nurani. Kesucian pertalian antara mereka berdua adalah ibarat cahaya yang menerangi diri.
Maka, dunia akan menjadi seperti kehendak kita....

Subscribe to:
Posts (Atom)