Friday, March 22, 2013

Memimpin adalah tanggungjawab

 عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ الْإِمَامُ رَاعٍ وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالرَّجُلُ رَاعٍ فِي أَهْلِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ فِي بَيْتِ زَوْجِهَا وَمَسْئُولَةٌ عَنْ رَعِيَّتِهَا وَالْخَادِمُ رَاعٍ فِي مَالِ سَيِّدِهِ
وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ



Ertinya :
Dari Ibn Umar r.a. Sesungguhnya Rasulullah Saw. Berkata :”Kalian adalah pemimpin, yang akan dimintai pertanggungjawaban. Penguasa adalah pemimpin, dan akan dimintai pertanggungjawaban atas kepemimpinannya. Suami adalah pemimpin keluarganya, dan akan dimintai pertanggungjawaban atas kepemimpinannya. Istri adalah pemimpin dirumah suaminya, dan akan dimintai pertanggungjawaban atas kepemimpinannya. Pelayan adalah pemimpin dalam mengelolaharta tuannya, dan akan dimintai pertanggungjawaban tentang kepemimpinannya. Oleh karena itu kalian sebagai pemimpin akan dimintai pertanggungjawaban atas kepemimpinannya.


Setiap individu mempunyai sifat kepimpinan dan cara tersendiri untuk memimpin orang lain. Jika diteliti, cara seseorang itu untuk memimpin orang lain adalah berdasarkan 3 kategori.

1. Sentuhan fizikal
2. Dalamai jiwa dan mental
3. Gabungan lahiriah dan rohaniah

Namun, perlulah diingat bahawa seseorang itu adalah berbeza dengan yang lain. Penggunaan sifat memimpin itu perlulah penerapan secara kreatif dan flexible mengikut keadaan. Rasulullah S.A.W sendiri pernah merakamkan dalam hadisnya yang secara kesimpulan...

"Umur anak 0-6 tahun -------- penuhi jiwa anak-anak dengan kasif sayang dan kemanjaan"
"Umur anak 7-14 tahun ------ penerapan nilai disiplin dan tanggungjawab "
"Umur anak 15-21 tahun ---- menjadi kawan yang setia"
"Umur anak 21 ke atas ------- memberi kepercayaan dan kebebasan"

Setelah membaca dan memahami maksud hadis tersebut, sesungguhnya cara mendidik anak adalah bersamaan dengan cara kita memimpin kawan-kawan atau masyarakat. Cume perlu diolah untuk mendapat satu gambaran yang jelas tentang penggunaannya mengikut situasi.

Sebagai contoh.. dimana anda mempunyai kawan yang berumur 20 tahun. Di sini adalah frasa di mana mereka akan cuba mencari sesuatu jawapan untuk kehidupan. Maka anda sebagai kawan perlu bijak mengeksploitasi keadaan untuk mendalami jiwa dan masalah mereka.

Penggunaan pendekatan emosi atau mental adalah yang terbaik dalam memimpin seseorang. Ketegasan perlu ada dalam memimpin tapi janganlah menggunakan kekerasan sama sekali. Jiwa manusia adalah lembut.. Maka gunakanlah anugerah kelembutan untuk melembutkan hati manusia yang 'keras'.

Namun, penggunaan fizikal juga diperlukan dalam mendidik dan memimpin orang bawahan. Namun tidak disarankan kerana ia mampu mengundang pemberontakan.

Dalam situasi di sekolah
.. Terdapat seorang pelajar yang degil, nakal dan selalu bergaduh dengan pelajar lain. Adakah kes tersebut akan selesai di tangan guru disiplin? Mungkin juga guru kaunseling adalah pilihan yang terbaik. Berbalik kepada kesimpulan hadis tersebut. Sekiranya pelajar itu sekolah rendah, maka rotan secara lembut adalah yang terbaik kerana mereka dalam frasa untuk dididik. Sekolah menengah pula gunakan penggunaan penerapan nilai 'kawan' supaya mereka lebih dihargai dan mampu merasai kehangatan kasih sayang individu di sekeliling mereka.

Apa yang ingin ditekankan adalah... keperluan pemahaman dalam psikologi manusia dan menggunakan penerapan yang dilakukan oleh Rasul kita.

P/S: Meneliti kehidupan seorang fasilitator di universiti telah mengajar diri ini untuk memahami keadaan individu terutama pelajar sekolah. Menjadi contoh yang terbaik adalah satu kewajipan bagi diri ini untuk membentuk datu generasi yang lebih baik dari sekarang. Mungkin juga adalah lebih baik dari diri ini. Insya Allah...

 

Friday, February 1, 2013

Aku Cinta Ibu Selamanya!

  Wahai ibu dan ayahku... Diri ini bukanlah anak yang sempurna buat diri mu berdua. Namun diri ini berusaha sedaya upaya untuk menjadi yang terbaik. Aku mahu mendapat keredaan kalian berdua.

Aku teringat :
Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.
                                    - Riwayat al-Hakim
-

Ayah, engkau pernah bertanya kepadaku... Wahai anakku, tidakkah kau mempunyai calon di hati untuk disunting? Bukankah ramai yang mempunyai pasangan ketika belajar di pusat pengajian tinggi?

Persoalan ayahanda itu membuat diri ini terdiam seketika. Kemudian bibir ini menutur kata, "Ayah, anakmu ini tidak mahu memikirkan bab itu buat masa ini. Biarlah ibu sahaja menjadi 'kekasihku' ketika ini. "

Aku terkedu seketika. "Dari mana datangnya tutur kata itu? Dari hati atau akal ku? Adakah ia ikhlas atau mainan kata-kata?" Atau ia adalah lafaz yang terpendam selama ini untuk ku luahkan?

Firman Allah S.W.T.  dalam surah Luqman ayat 14
"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya ,ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dari awal mengandung sehingga akhir menyusunya dan tempoh menceraikan susunya adalah dalam masa dua tahun. Dengan demikian bersyukurlah kepada ku dan kedua ibu bapamu dan ingatlah kepada Aku lah jua tempat dikembalikan untuk menerima balasan."

Walaupun semua persoalan itu muncul dalam fikiran ku.. Namun aku pasti akan satu perkara.

    "Aku mahu membahagiakan ibuku sebelum aku menemukan wanita lain sebagai pasanganku"

Kekadang aku pernah terfikir. Adakah aku mampu membahagiakan ibu setelah berumahtangga kelak? Mampukah aku mentaati ibu dengan pertambahan tanggungjawab di bahuku? Sememangnya wahai ayah. Anak mu ini takut untuk memiliki wanita lain selain ibu.

Pada zaman Rasulullah s.a.w., baginda ditanya oleh seorang pemuda, “siapakah orang yang paling perlu untuk saya berbuat baik”. Rasulullah bersabda, “ibumu, kata pemuda itu lagi, selepas itu, ibumu, selepas itu, ibumu, selepas itu, bapamu.”





Biarlah ketika ini anakmu cuba mencari cinta yang agung dahulu. Mendambakan diri untuk Dia yang Maha Kuasa. Berdoalah yang terbaik untuk diriku. Semoga mendapat keredaan dari diri kalian berdua dan Allah S.W.T.

P/S: Berusaha sedaya upaya untuk membahagiakan kedua ibu bapa. Bukan diri ini menolak sunnah Rasul yang tercinta tapi ingin membahagiakan mereka sepuasnya sebelum nafas mereka terhenti.